Alat hawa dingin, percutian luar negara keperluan bagi warga SG: Tinjauan SMU
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Lebih 4,000 individu ditinjau dalam kajian baharu Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Institut Pengajian Dasar (IPS), yang dijalankan dari Mei 2022 hingga Februari tahun lalu.
Kajian tersebut mendapati sekurang-kurangnya separuh daripada responden menganggap 40 daripada 51 barang dan aktiviti yang disenaraikan dalam tinjauan itu adalah penting.
Hampir kesemua responden berkata peti sejuk adalah satu kemestian.
Turut dianggap penting adalah telefon bijak dengan pelan internet, serta aktiviti mengeratkan ikatan kekeluargaan di luar rumah.
Mereka sebaliknya mengatakan tuisyen buat anak-anak, khidmat penstriman berbayar dan cuti inap atau 'staycation' adalah tidak penting.
Kajian itu juga mendapati bahawa jenis perumahan dan pendapatan mempengaruhi pandangan responden berhubung barang dan aktiviti tertentu.
Contohnya, mereka yang tinggal di flat HDB satu atau dua bilik berpendapat bahawa alat hawa dingin atau pelan internet adalah satu kemewahan.
Golongan berpendapatan rendah juga menganggap masa untuk bergaul dan aktiviti riadah sebagai kurang penting, berbanding mereka yang berpendapatan tinggi.
Institut Kajian Dasar (IPS) pula menjalankan satu tinjauan berhubung topik yang sama bulan lalu, melibatkan 2,000 penduduk.
Sebahagian besar responden mengatakan bahawa pemerintah harus menanggung kos untuk memastikan semua barangan tersebut boleh diakses semua orang.
Mereka lebih memilih agar pemerintah memperuntuk semula perbelanjaan dari bidang-bidang lain untuk membiayai penyediaan tersebut.
Ia seharusnya bukan daripada bayaran cukai yang lebih tinggi, menurut mereka.
Para responden juga percaya sumber boleh diambil dari peruntukan seni dan sukan untuk digunakan bagi membiayai keperluan tersebut.
SOKONGAN BAGI GOLONGAN MEMERLUKAN
Kajian tersebut juga memberikan saranan tentang cara-cara menyediakan sokongan lebih baik kepada lebih banyak golongan memerlukan.
Ini termasuk menyediakan intervensi bersasar, bagi membantu mereka yang tinggal di flat satu atau dua bilik, supaya mendapat akses kepada barangan asas.
Antara saranan lain termasuk meningkatkan kesedaran orang ramai bagi menggalak mereka menabung.
Masyarakat juga, menurutnya lagi, memainkan peranan penting dalam memperkasa individu-individu tersebut.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.