Alat baharu dengan AR permudah tugas jurutera Lapangan Terbang Changi, bantu navigasi lebih baik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Roslan RAHMAN / AFP)
SINGAPURA: Tugas para jurutera Lapangan Terbang Changi akan dipermudah lagi dengan bantuan sebuah alat yang menggunakan realiti tambahan (AR).
Ini khususnya dengan mengurangkan masa yang diluangkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan bagi rangkaian utiliti penting yang rumit di bahagian bawah tanah.
Sedang lapangan terbang Singapura terus berkembang, ia menjadi semakin penting lagi untuk menyenggara sistem-sistem tersebut.
Ini memandangkan lapangan Terbang Changi mengendalikan ribuan penerbangan setiap hari dan merupakan suatu operasi sepanjang masa, tanpa henti, yang mengutamakan keselamatan serta kecekapan.
Malah terdapat rangkaian kompleks kabel dan paip yang menyalurkan bekalan kuasa bagi khidmat-khidmat penting - seperti elektrik serta air - untuk memastikan fungsi lapangan terbang.
Bekerja dalam keadaan darjah penglihatan yang rendah juga bukanlah mudah tetapi alat baharu itu ibarat sepasang 'mata kedua' untuk jurutera di lapangan, mempermudahkan tugasan mereka.
Alat tersebut turut membolehkan jurutera, kontraktor dan pihak berkepentingan membayangkan model 3D di tapak, sekali gus dapat bekerjasama secara berkesan.
Naib Presiden, Inovasi dan Peningkatan Proses, Kelompok Kejuruteraan dan Pembangunan, Changi Airport Group, Seoh Zhi We berkata: "AUSV terbukti sangat berguna kepada pasukan kami dan rakan-rakan lapangan terbang yang bekerja di lapangan terbang, yang menampakkan keadaan unik di Singapura.
"Dengan membolehkan mereka untuk melihat secara maya keadaan bawah tanah menggunakan AR, ia bukan sahaja meningkatkan daya penghasilan, tetapi pengurusan pengetahuan juga.
"Sedang kami terus berinovasi dan menambah baik produk itu, kami akan meneroka cara-cara berbeza untuk menerapkan teknologi ke dalam alat tersebut bagi mencipta peluang yang tidak pernah diterokai."
Teknologi baharu itu sudah dengan ketara meningkatkan kecekapan pengurusan di lapangan terbang yang luas.
Sekali pandang, sebidang tanah itu kelihatan seperti mendatar sahaja, walhal ia menyembunyikan sebuah lurang yang memberikan para jurutera akses kepada khidmat penting di bahagian bawah tanah.
Dengan teknologi berkenaan, pasukan jurutera meraih pandangan lebih jelas lagi kepada susun atur khidmat-khidmat tersebut.
Lantas, memastikan kontraktor luar boleh mengelak daripada menyebabkan kerosakan kepada prasarana penting semasa melakukan kerja mereka.
Sistem ini akan dikemas kini secara berkala setiap kali kerja pemasangan atau penggantian dilakukan, sekali gus merakamkan secara digital data bagi mencipta model 3D yang sangat jitu sehingga ke ukuran sentimeter.
Sedang lapangan terbang Singapura menjalani peluasan untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan sejagat, sistem itu bersedia untuk membantu memacu keberkesanan dan memastikan operasi yang licin.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.