Akuatik SG luaskan program kelas renang percuma bagi kanak-kanak kurang bernasib baik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 14 tahun daripada keluarga kurang bernasib baik boleh menyertai kelas berenang.
Program berenang percuma yang dikendalikan oleh Akuatik Singapura itu bakal diluaskan lagi.
Kini, ia bekerjasama dengan sekolah yang diasaskan oleh pemenang pingat emas Olimpik Joseph Schooling.
Beberapa kanak-kanak daripada Rumah Jagaan Kanak-Kanak Chen Su Lan Methodist mengambil bahagian dalam program tersebut, yang dibimbing jurulatih daripada Swim Schooling.
Mereka akan menjalani kursus empat bulan, di mana mereka akan menimba kemahiran seperti cara untuk kekal terapung, dan menjaga keselamatan di dalam kolam renang.
"Kami ingin kanak-kanak tersebut selamat dan berseronok di dalam kolam renang. Ayah saya hampir lemas dua kali ketika dia kecil. Jika perkara itu berlaku, saya tiada di sini," kata Joseph Schooling.
"Jadi, itulah sebab kenapa saya belajar untuk berenang ketika saya kecil, supaya saya selamat dan rasa yakin di dalam kolam renang," tambahnya.
"Ini adalah kerjasama pertama kami, Setakat ini, ia berjalan dengan lancar, kami berharap untuk lakukan lebih lagi. Dengan Akuatik Singapura, kami mempunyai lebih 60 kelab anggota, dan kami berharap untuk bekerjasama dengan mereka semua," kata Mark Chay, Presiden Akuatik Singapura.
Selain klinik berenang, Presiden Akuatik Singapura dan Kelab Rotari Singapura mengadakan acara kumpul dana pertama bersama.
Setiap peserta berenang seratus pusingan untuk mengumpulkan dana bagi program belajar berenang percuma dan membantu bekas pesalah untuk proses integrasi semula ke dalam masyarakat.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.