Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aktiviti berenang, kegiatan air dibenarkan semula di pantai Changi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2024 07:49PM Dikemas Kini : 06 Jul 2024 11:33PM
SINGAPURA: Orang ramai diberi lampu hijau untuk berenang atau melakukan pelbagai kegiatan air di pantai Changi.

Ini selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menarik balik satu makluman yang dikeluarkannya menyusuli insiden tumpahan minyak di Terminal Pasir Panjang.

Insiden itu mencemarkan pantai-pantai negara sejak ia berlaku tiga minggu lalu.

NEA menyatakan pantai Changi tidak terkesan secara langsung oleh tumpahan minyak tersebut.

Sepanjang minggu lalu, mutu air lautnya kekal normal dan stabil.

Kebanyakan tumpahan minyak juga sudah berjaya dibersihkan daripada permukaan laut.

Sementara itu, para relawan meneruskan usaha untuk membersihkan pantai.

Namun buat masa ini, orang ramai perlu mengelakkan kawasan di mana minyak sudah meresap ke dalam.

Bagi yang ingin membantu usaha tersebut, Majlis Kebersihan Awam mengadakan latihan mengenai cara selamat untuk menapis minyak yang bercampur dengan pasir.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan