Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aktivisme alam sekitar belia Melayu/Islam semakin meningkat

Tahap aktivisme alam sekitar atau perubahan iklim di kalangan belia Melayu/Islam kini sudah semakin meningkat. Demikian menurut Pengasas bersama badan Belia Singapura bagi Tindakan Iklim (SYCA), Cik Lastrina Hamid, 32 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tahap aktivisme alam sekitar atau perubahan iklim di kalangan belia Melayu/Islam kini sudah semakin meningkat. Demikian menurut Pengasas bersama kumpulan Belia Singapura bagi Tindakan Iklim (SYCA), Cik Lastrina Hamid, 32 tahun.

Sebagai aktivis alam sekitar yang cukup aktif di negara ini, beliau sendiri pernah berucap di Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu semasa sidang puncak perubahan iklim COP21 di Paris.

Cik Lastrina menjelaskan bahawa pelibatan belia dalam menangani perubahan iklim melebihi usaha kemasyarakatan sahaja.

"Ada juga yang bekerja dalam syarikat-syarikat yang menyediakan huraian dan membina infrastruktur untuk membina Singapura yang lebih mapan," kata Cik Lastrina semasa wawancara secara langsung dalam buletin BERITA jam 8.00 malam di SURIA.

Aktivis sekitaran aktif itu juga menyanjungi pelbagai usaha anak muda Melayu/Islam yang menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk membina Singapura yang lebih menghijau.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kepentingan untuk menjalani gaya hidup mesra alam, Cik Lastrina menyebut contoh kumpulan FiTree.

(Gambar: FiTree)

(Gambar: FiTree)

Kumpulan tersebut antaranya pernah melaksanakan program-program 'hijau' seperti Jejak FiTree yang bertujuan untuk menghargai alam sekitar serta mengajak para peserta untuk bermuhasabah tentang peranan mereka sebagai 'penjaga Bumi'.

Dalam pada itu, kumpulan FiTree juga pernah mengendalikan Iftar Menghijau yang mana bekas-bekas mesra alam digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan plastik.

Menurut Cik Lastrina, usaha sebegitu memberikan impak yang mendalam kepada masyarakat yang dapat mempelajari makna mencintai bumi menerusi kaedah yang mudah.

Selain itu, Cik Lastrina juga memuji para individu seperti Encik Ibnur Rashad, 35 tahun, yang memulakan inisiatif 'Floating Chinampas' atau sistem tanaman terapung sebagai usaha untuk menyumbang kepada bekalan makanan lebih stabil di Singapura.

Hal itu juga boleh dilakukan di tempat kerja, menurut Cik Lastrina, yang juga merupakan pengasas bersama kumpulan #LepakInSg. Inisiatif itu mendekati masyarakat mengenai isu-isu berkaitan kemampanan.

"Bagi mereka yang bekerja pula, (mereka) boleh menubuhkan 'jawatankuasa hijau' untuk menyediakan garis panduan di (tempat) kerja untuk mengurangkan penggunaan air, elektrik atau kertas," terang Cik Lastrina. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan