Aktivis penuntut bantah peranan ExxonMobil dalam makmal penyelidikan rendah karbon di NTU
Kumpulan tersebut, NTUDivest, adalah gerakan dipimpin penuntut yang meminta supaya universiti menghentikan pelaburan dalam syarikat-syarikat bahan api fosil.
Ia adalah sebahagian daripada kumpulan 'Students for a Fosil Free Future' (S4F) di Singapura, iaitu sebuah kumpulan yang berkempen menentang pengaruh industri minyak dan gas ke atas sistem pendidikan negara.
Makmal tersebut, yang merupakan kerjasama antara ExxonMobil, NTU dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan Yayasan Penyelidikan Nasional, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada 26 April.
NTUDivest menyifatkan makmal itu sebagai "projek greenwashing" - yang bermaksud menggalak huraian-huraian palsu bagi krisis iklim sehingga menganggu dan melengahkan tindakan lebih tuntas dan boleh dipercayai.
"SANGAT MEMBIMBANGKAN"
Dalam catatan Instagram pada 12 Mei, NTUDivest menyatakan kerjasama itu "sangat membimbangkan", disebabkan rekod prestasi ExxonMobil yang lemah terhadap alam sekitar, termasuk mengelak pelaburan biobahan api alga dan menyekat cadangan pelabur iklim.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Ahad (26 Mei), NTUDivest menyatakan pihaknya sedang membantah untuk "memastikan hasil daripada kerjasama yang mahal itu meraih manfaat sosial dan alam sekitar yang positif, dan bukan projek yang menyebarkan maklumat palsu".
RESPONS NTU, EXXON DAN A*STAR
Dalam respons melalui emel kepada Mediacorp minggu lalu, NTU menyatakan bahawa makmal baharu itu adalah "platform penting yang mengumpul penyelidik dari sektor akademik dan industri untuk menyumbang ilmu mereka supaya menghasilkan huraian-huraian, yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dengan menyokong peralihan tenaga hijau dan bidang kemampanan yang lain".
ExxonMobil secara berasingan memberitahu Mediacorp minggu lalu bahawa peranannya dalam makmal itu adalah untuk menyumbang ke arah penggunaan teknologi baharu oleh industri tersebut.
"Kami ingin membantu jumlah penduduk dan taraf kehidupan yang semakin meningkat, permintaan global terhadap tenaga dan produk bagi kehidupan moden yang dijangkakan akan naik, serta pemerintah dan industri perlu mencari jalan untuk memenuhi permintaan tersebut," tambah Exxon.
A*Star memberitahu Mediacorp bahawa misinya adalah untuk "mempercepat proses penyelidikan yang membawa kepada huraian praktikal" dan "membantu rakan kerjasama kami menjejak dan mengurangkan pelepasan karbon mereka".
AKAN TERUS JADI PEMERHATI
Dalam emelnya kepada Mediacorp, jurucakap NTUDivest, Terese Teoh berkata bahawa penuntut tidak yakin dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh NTU dan Exxon.
Kumpulan itu meminta lebih ramai penuntut untuk melibatkan diri dalam kerjasama tersebut, dan ketelusan yang lebih jelas mengenai teknologi baharu serta cara ia sejajar dengan pelan peralihan sifar bersih Singapura untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Cik Teoh menambah bahawa kumpulan itu akan "terus menjadi pemerhati kepada maklumat palsu yang dikeluarkan pihak universiti itu".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.