Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aktivis Gilbert Goh didenda; anjur bantahan di luar ICA tanpa permit, enggan tandatangan kenyataan polis

Anggaran Waktu Membaca:
Aktivis Gilbert Goh didenda; anjur bantahan di luar ICA tanpa permit, enggan tandatangan kenyataan polis

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Aktivis Gilbert Goh Keow Wah pada Jumaat (19 Ogos) didenda S$3,200 kerana mengadakan bantahan di luar bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) tanpa permit dan enggan menandatangani kenyataan polis.

Dia disabit kesalahan itu pada 26 Julai lalu selepas minta dibicarakan bagi dua tuduhan yang dihadapinya itu.

Dia didenda S$2,000 kerana mengadakan bantahan tanpa permit dan S$1,200 kerana enggan menandatangani kenyataan polis. Goh akan membayar denda S$2,000 itu tetapi akan menjalani hukuman penjara tiga hari kerana gagal membayar denda S$1,200, kata peguamnya, Lim Tean di mahkamah.

Pada 1 Mei 2021, Goh mengangkat sepanduk berhampiran Bangunan ICA yang tertera ayat bermaksud: "Harap larang semua penerbangan dari India, kami bukan bersifat perkauman! Hanya berhati-hati".

Dia melakukan itu selepas Singapura melarang masuk ke sini pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek dari India susulan lonjakan kes COVID-19 di negara itu.
Pada Jumaat (19 Ogos), pihak pendakwa memohon denda antara S$3,700 dengan S$4,200, atas beberapa faktor yang memburukkan lagi keadaan.

Faktor-faktor tersebut termasuk menggunakan "frasa provokatif dan sensasi" dengan segaja dan "percubaan" untuk menyebabkan pergeseran antara warga Singapura dan "mereka dari negara asing" kata Timbalan Pendakwa Raya, Andre Chong.

Percubaannya "dengan jelas bertujuan untuk
merosakkan fabrik sosial dan hubungan dalam masyarakat", kata beliau.

Encik Chong menambah bahawa hukuman yang melibatkan ancaman seperti itu akan ditangani dengan tegas kerana fabrik sosial dan hubungan dalam masyarakat Singapura membentuk "tunggak keamanan dan kemajuan Singapura".

Tambah Encik Chong, Goh sedar tindakannya salah dan Goh mengaku tahu bahawa permit polis diperlukan namun tidak membuat permohonan untuk mendapatkannya, kata pihak pendakwa.

"Meskipun begitu, dia berkeras mengulangi tidak menyesali tindakannya itu dan rela dipenjarakan," kata Encik Chong.

Di bawah Akta Ketenteraman Awam, meraka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan awam tanpa permit boleh didenda sehingga S$3,000.

Hukuman bagi mereka yang enggan menandatangani kenyataan polis adalah tempoh penjara sehingga tiga bulan, denda tidak melebihi S$2,500 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan