Skip to main content

Singapura

Akta Penyaraan Ibu Bapa akan dipinda bagi cegah salah guna

Anggaran Waktu Membaca:
Akta Penyaraan Ibu Bapa akan dipinda bagi cegah salah guna

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 09 May 2023 07:54PM

SINGAPURA: Ibu bapa yang gagal menjaga anak-anak akan mendapatinya lebih sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada anak-anak mereka. 

Langkah itu adalah antara yang disarankan di bawah pindaan kepada undang-undang sokongan ibu bapa.

Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA) buat masa ini membenarkan warga emas Singapura yang tidak mampu menyara diri untuk menuntut bantuan daripada anak-anak mereka. 

Pindaan yang diusulkan bertujuan untuk mencegah penyalahgunaannya.

"Kami sarankan proses-proses baru untuk mencegah penyalahgunaan MPA oleh ibu bapa yang telah meninggalkan, mendera atau mengabaikan anak mereka atau tidak menunaikan kewajipan mereka. 

"Dengan berbuat demikian, kita juga melindungi dan menyelamatkan anak-anak mereka daripada kesusahan yang tidak perlu," kata Anggota Parlimen (AP) Marine Parade GRC Encik Seah Kian Peng. 

Saranan bagi pindaan itu dibuat berdasarkan semakan yang dilakukan sebuah kumpulan kerja menyusuli dua pusingan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.

Mereka juga menyarankan untuk memberi lebih banyak kuasa kepada undang-undang Tribunal dan Pesuruhjaya untuk memastikan ibu bapa warga tua yang diabaikan mendapat sokongan yang secukupnya. 

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita