Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akaun CPF bukan warga SG, PR akan ditutup mulai April 2024

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pencarum bukan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) akan ditutup secara automatik bermula 1 April 2024.

Lembaga CPF menyatakan pada Rabu (8 Mac) bahawa ia adalah langkah terakhir dalam usaha bagi memastikan sistem CPF memberi tumpuan kepada objektifnya, untuk memenuhi keperluan persaraan, perumahan dan jagaan kesihatan rakyat Singapura serta PR.

Sejak 2003, warga asing yang bekerja di Singapura tidak dibenarkan menyumbang kepada CPF.

Namun, masih terdapat sekitar 300,000 akaun CPF bukan milik warga Singapura dan PR.

Mereka termasuk golongan yang menerima caruman daripada majikan atau membuat caruman secara sukarela sebelum 2003.

Ia juga meliputi mereka yang sudah melepaskan kerakyatan Singapura atau status PR mereka.

Kebanyakkan akaun itu mempunyai jumlah baki yang rendah dengan lebih dua pertiga daripadanya mempunyai kurang daripada S$5,000 dalam akaun CPF mereka, kata Lembaga CPF.

Para pencarum CPF mempunyai masa sehingga 31 Mac 2024, untuk memindahkan simpanan CPF mereka ke dalam akaun bank peribadi mereka.

Selepas tarikh itu, akaun CPF mereka akan ditutup secara automatik dan baki simpanan tidak akan lagi menerima kadar faedah CPF.

"Baki simpanan masih boleh dipindahkan ke akaun bank mereka pada bila-bila masa selepas itu," kata Lembaga CPF.

Ia menambah bahawa mereka yang bukan warga Singapura dan PR yang ingin menyimpan wang mereka di Singapura boleh mempertimbangkan pilihan lain seperti Skim Persaraan Tambahan.

Lembaga CPF menyatakan ia akan memaklumkan mereka yang terjejas bermula Mac 2023 dengan menggunakan butiran peribadi yang diberikan.

Warga Singapura dan PR tidak terjejas dengan langkah tersebut.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan