Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akademi latihan logistik baru buka peluang kerja buat 500 banduan

Bermula November ini, lebih 500 banduan bakal meraih manfaat setiap tahun daripada sebuah akademi latihan logistik yang akan ditubuhkan di Kompleks Penjara Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2021 08:48PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 09:24PM

SINGAPURA: Bermula November ini, lebih 500 banduan bakal meraih manfaat setiap tahun daripada sebuah akademi latihan logistik yang akan ditubuhkan di Kompleks Penjara Changi.

Ia sebahagian daripada usaha pemerintah untuk meluaskan peluang kerja bekas banduan.

Inisiatif itu akan dicapai di bawah satu memorandum persefahaman yang dimeterai antara gerakan Reben Kuning dengan Persatuan Logistik Singapura.

Para banduan boleh mendaftar untuk kursus-kursus latihan yang akan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam bidang pengurusan dan pengendalian gudang serta pengangkutan.

Persatuan logistik tersebut juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat anggotanya untuk membuka peluang kerja kepada para banduan selepas mereka dibebaskan dari penjara.

Sumber : CNA/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan