Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akademi Home Team peruntuk 160 jam, pertingkat kemahiran pegawai dalam teknologi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Akademi Home Team akan melaburkan sekitar 160 jam sepanjang tiga tahun akan datang bagi meningkatkan kemahiran setiap pegawainya.

Ini termasuk dalam bidang seperti analisa data, keselamatan siber dan teknologi awan.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha memacu pembelajaran sepanjang hayat serta pendigitalan.

Ini didedahkan di seminar tahunan Akademi Home Team pada siang Rabu (11 Mei).

Salah satu contoh di mana teknologi dimanfaatkan bagi mempertingkat latihan pegawai Home Team ialah jaket yang merupakan sistem simulasi laser.

Ia berupaya memberikan latihan senjata api yang lebih realistik untuk anggota polis.

Ia telah diuji cuba sejak 2020 sebagai tambahan kepada latihan sedia ada yang menggunakan peluru penabur.

Menurut pelatih di Akademi Home Team, sistem laser tersebut lebih selamat serta memberikan hasil yang cukup tepat.

Satu lagi kaedah yang sedang melalui tahap percubaan adalah sistem yang dapat memberi maklum balas serta-merta, iaitu sama ada alat penyembur pemedih mata dapat digunakan dengan tepat.

Semasa berucap di seminar siang tadi, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Desmond Tan berkata, pelaburan dalam sistem sedemikian akan terus dilakukan pemerintah.

Setiap pegawai katanya akan diberi masa yang cukup untuk menguasai teknologi dan kemahiran yang diperlukan agar mampu menghadapi cabaran terbaru dalam menjalankan tugas mereka.

Sumber : CNA/IQ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan