Akademi baharu bantu institusi jagaan kesihatan guna kaedah mampan, kurangkan pelepasan karbon

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Institusi jagaan kesihatan Singapura akan belajar cara-cara baharu untuk mengurangkan pelepasan karbon menerusi sebuah akademi baharu.
Akademi Kemampanan Pusat Inovasi Jagaan Kesihatan (CHI) akan menawarkan kursus latihan bagi golongan profesional, untuk membantu mereka dalam usaha kemampanan. Ia juga akan menghubungkan sektor jagaan kesihatan awam dan privet untuk menghasilkan huraian mesra alam.
Sektor jagaan kesihatan berdepan masalah kerana ia melepaskan lebih banyak karbon berbanding sektor penerbangan dan perkapalan.
Sebagai contoh, hospital di Singapura menggunakan desflurane sebagai pelali am di setiap bilik pembedahan.
Sekalipun demikian, ubat tersebut mempunyai kesan negatif, kerana ia mempunyai potensi menyebabkan pemanasan global yang tinggi, iaitu 2,500 lebih berbahaya berbanding karbon dioksida.
Untuk menghadkan kesan terhadap alam sekitar, Hospital Universiti Nasional (NUH) sedang melaksanakan beberapa langkah.
Ini termasuk meletak peringatan dan pelekat pada alat pengewap dan peralatan lain, serta mengingatkan pakar pelali mengenai kesan penggunaan pelali, kata Dr Poh Pei Kee, seorang penasihat pakar pelali di NUH.
Hospital tersebut menyaksikan hasilnya, dengan kadar pelepasan karbon turun sebanyak 98 peratus sejak tiga tahun lalu.
"Dari segi kewangan, kami dapat menjimatkan sebanyak S$340,000," tambahnya.
LENGKAPI PIHAK BERKEPENTINGAN DENGAN LATIHAN PENTING
Bagi institusi-institusi lain yang ingin mengambil langkah tersebut, akademi itu akan menyediakan bantuan.
Profesor Madya Wong Hon Tym, seorang pengarah klinikal di Pusat Inovasi Jagaan Kesihatan (CHI) berkata, pusat tersebut sedang berusaha melaksanakan pembangunan mampan menerusi inisiatif GreenGov.SG di bawah Pelan Singapura Menghijau 2030.
Ini termasuk mengurangkan penggunaan tenaga dan air sebanyak 10 peratus sebagai permulaan menjelang 2030, serta mengurangkan pembuangan sisa sebanyak 30 peratus.
Sasaran itu akan berfungsi sebagai standard bagi pasukan jagaan kesihatan.
"Kami berharap beberapa projek tersebut akan mencapai sasaran yang kita inginkan," kata Dr Wong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.