AISP,SIT ganding bahu perkasa kakitangan keselamatan siber

Gambar: Facebook/ Janil Puthucheary
SINGAPURA: Persatuan Karyawan Keselamatan Maklumat (AISP) dan Institut Teknologi Singapura (SIT) berganding bahu untuk memperkasa kakitangan keselamatan siber menerusi latihan dan bertukar-tukar idea dalam bidang teknologi dan inovasi.
Usaha tersebut adalah untuk membina benteng pertahanan bagi menangkis ancaman siber di Singapura. Ia akan ditumpukan di Daerah Digital Punggol.
"Mulai 2024, kegiatan-kegiatan ini akan berpusat secara berperingkat di Daerah Digital Punggol, iaitu Daerah Bijak pertama di Singapura yang dipacu teknologi. Di situ, kita akan menempatkan para pemimpin digital dalam sektor-sektor teknologi yang berkembang seperti rantaian blok dan teknologi kewangan serta keselamatan siber," ujar Menteri Negara Kanan Perhubungan & Penerangan, Dr Janil Puthucheary.
AISP juga berhasrat membuka ruang untuk melibatkan syarikat-syarikat pemula dan pelajar.
Demikian diumumkan di acara keselamatan siber yang mengetengahkan serba-serbi Internet seperti peranti bijak di rumah dan pengesan kesihatan peribadi.
Acara itu juga menarik perhatian tentang kelemahan dari segi keselamatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.