Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aiskrim percuma diagih di Orchard hujung minggu hadapan

Anggaran Waktu Membaca:
 Aiskrim percuma diagih di Orchard hujung minggu hadapan

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 03 Dec 2022 02:29PM Dikemas Kini : 05 Dec 2022 10:35AM
SINGAPURA: Dengan ketibaan bulan Disember, musim perayaan semakin menghampiri dan cara yang terbaik untuk menyemarakkan lagi suasana dan semangat perayaan adalah untuk turun ke Orchard Road dan menikmati cahaya lampu Krismas.

Apa yang lebih menarik adalah dengan menikmati aiskrim percuma yang akan diagihkan di Orchard oleh sebuah kereta sorong biru minggu hadapan.

Mereka yang dapat mengenal pasti kereta sorong itu akan diberikan pilihan untuk memilih aiskrim mereka yang disalut dengan wafer, roti atau dalam cawan. 

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan ke MS News, aiskrim percuma itu akan terletak di luar Pusat beli-belah Paragon.

Ia akan diagihkan mulai 9 (Jumaat) hingga 11 Disember (Ahad).

Pada Jumaat, kereta sorong itu akan beroperasi mulai pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam manakala pada Sabtu dan Ahad, ia akan mula beroperasi mulai pukul 1.00 tengah hari hingga 8.00 malam.

Apabila anda mendekati papan sorong itu, seorang pekerja akan menunjuk anda cara untuk mendapatkan aiskrim percuma itu.

Anda hanya perlu memuat turun sebuah e-buku yang dinamakan "Little Green Heroes".

Buku kanak-kanak itu akan menceritakan kisah tentang tiga sahabat dengan kuasa luar biasa untuk melindungi Planet Erf daripada raksasa sampah.

E-buku itu dicipta oleh peruncit elektrik tempatan, Geneco dan 3Pumpkins, sebuah badan bantu diri yang menyediakan sokongan sosio-emosi untuk belia dan kanak-kanak golongan yang lemah untuk mengekspresikan diri mereka melalui seni.

Pemberian aiskrim percuma itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pendekatan untuk kempen Geneco, #HappilyEverAfter.

Kempen itu menggalakkan orang awam untuk menderma dan menyokong inisiatif 3Pumpkin serta menghantar mesej yang kukuh mengenai kemampanan dan kesedaran persekitaran buat pembaca e-buku itu.

Geneco berharap untuk mengumpul S$15,000 bagi tujuan amal pada musim perayaan ini.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan