Skip to main content

Singapura

Air terusan Yishun berubah warna akibat 'air cucian tercemar dakwat': NEA

Anggaran Waktu Membaca:
Air terusan Yishun berubah warna akibat 'air cucian tercemar dakwat': NEA

Terusan di Yishun Close, di mana air yang berubah warna dilihat pada 16 dan 23 Ogos 2025. (Gambar: Facebook/Jackson Lam)

Diterbitkan : 27 Aug 2025 06:28PM Dikemas Kini : 27 Aug 2025 06:31PM
SINGAPURA: Air yang berubah warna seperti yang dilihat di sebuah terusan Yishun dikaitkan dengan "air cucian yang tercemar dengan dakwat berasaskan air", menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (27 Ogos).

Ia sedang menyiasat perkara tersebut dan menilai tindakan penguatkuasaan yang sesuai untuk diambil, tambahnya sebagai respons kepada pertanyaan dari Mediacorp.

Di bawah undang-undang, ia menjadi satu kesalahan untuk membuang bahan tercemar ke dalam saluran air tanpa kebenaran bertulis dan denda sehingga S$20,000 boleh dikenakan atas sabitan pertama.

Air yang berubah warna itu dilihat di Yishun Close pada dua hari Sabtu, 16 dan 23 Ogos.

Dalam satu catatan di Facebook pada Selasa, Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon Jackson Lam menunjukkan gambar-gambar terusan dengan air yang kelihatan hijau.

Pengguna Facebook Yvonne Lim turut berkongsi gambar dalam ruangan komen, yang menunjukkan air tersebut berwarna biru.

NEA menyatakan bahawa warna air di dalam terusan tersebut kini kembali normal dan ia terus memantau keadaan.
Related article image
Sebuah terusan di Yishun di mana air bertukar menjadi biru. (Gambar: Facebook/Yvonne Lim)
Encik Lam berkata bahawa beliau sudah memeriksa dengan NEA, dan melalui pemantauan dan pemeriksaan, pegawai-pegawainya sudah mengenal pasti sumber yang berpotensi menyebabkan perubahan warna tersebut.

Beliau juga memuji kewaspadaan penduduk dalam melaporkan perkara-perkara seperti itu, yang membantu menjaga kebersihan saluran air, dan meminta mereka melaporkan isu-isu seumpama itu menggunakan aplikasi mudah alih OneService.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita