Air paip SG selamat diminum, tidak perlukan penapis tambahan: PUB
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Air paip Singapura selamat untuk diminum dan ujian dijalankan setiap hari untuk memastikan mutu air negara terjamin, menurut agensi air kebangsaan PUB pada Rabu (14 Feb).
Piawai keselamatan air negara juga lebih ketat daripada garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab ke atas kesihatan global, menurut seorang pakar kepada Mediacorp.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Penguasa Piawaian Pengiklanan Singapura (ASAS) menerima dua aduan sejak awal Januari terhadap syarikat penapisan air dan udara, Sterra Singapore, bagi satu iklan yang memberi gambaran seolah-olah air paip negara ini tidak selamat untuk diminum.
Pemeriksaan oleh Mediacorp mendapati bahawa syarikat tersebut sudahpun menurunkan iklan yang mengelirukan itu setakat Rabu (14 Feb).

UJIAN KERAP DIJALANKAN
Menjawab pertanyaan Mediacorp, PUB menyatakan bahawa ia memandang serius terhadap isu mutu air, dan menekankan bahawa air paip di Singapura selamat untuk diminum.
"Setiap hari, sampel air diambil daripada rangkaian pengedaran kami di merata Singapura lalu diuji. Air paip kami selaras dengan Garis Panduan WHO bagi Mutu Air Minum dan mematuhi Peraturan 2019 (No.2) Akta Kesihatan Awam Persekitaran," jelas agensi itu.
"Air yang digunakan tidak perlu dirawat lagi dengan peranti rawatan atau penapisan air."
Dakwaan Sterra bahawa air paip Singapura mengandungi mikroorganisma berbahaya, seperti kuman dan alga, adalah "mengelirukan", tegas agensi itu.
Ia sudahpun meminta syarikat berkenaan berhenti menerbitkan kandungan online yang tidak benar, selain menyemak semula strategi pemasaran onlinenya.
"PUB sebelum ini mengeluarkan beberapa makluman kepada Sterra untuk menekankan bahawa syarikat itu harus berhenti menerbitkan iklan-iklan yang mengelirukan. Kami sudah mengeluarkan satu lagi makluman kepada Sterra sebagai respons kepada iklan terbaharunya ini," menurut PUB lagi.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.