Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Air ibarat 'mangsa dan huraian' krisis iklim, kata SM Tharman

Anggaran Waktu Membaca:
Air ibarat 'mangsa dan huraian' krisis iklim, kata SM Tharman

Gambar: Forum Ekonomi Dunia

Diterbitkan : 25 May 2022 07:34PM Dikemas Kini : 25 May 2022 07:35PM
DAVOS: Air merupakan mangsa pertama dalam krisis iklim namun Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam berkata, ia juga mampu menjadi sebahagian huraiannya.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Para pemimpin merata dunia berkongsi idea dan amalan terbaik dalam pemeliharaan dan pembekalan air.

"Iklim, air, makanan dan daya tenaga semakin tidak terjamin sekali gus. Ia semakin memburukkan keadaan," kata Encik Tharman.

"Jika kita mengeluarkan air secara berlebihan, kita mencemarkan simpanan air, ia menjejas kawasan paya dan menjejas kawasan-kawasan tadahan karbon. Ia menyukarkan lagi usaha menangani krisis iklim. Jadi sekarang kita berada dalam lingkaran musibah," tambah beliau.

SM Tharman menambah masalah air boleh diselesaikan menggunakan teknologi tetapi ia perlu disesuaikan agar lebih dimampui.

Dengan urus tadbir yang baik, pelaburan boleh dilakukan secara saksama untuk meluaskan huraian-huraian sedemikian.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan