Air dalam terowong MCE bukan dari paip bocor atau air laut: LTA
Air yang mengalir dari bumbung Ekspreswe Pantai Marina (MCE) bukan akibat kebocoran paip atau air laut. Demikian penjelasan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebagai respons kepada video-video yang disebarkan di media sosial.

(Petikan video Facebook)
SINGAPURA: Air yang mengalir dari bumbung Ekspreswe Pantai Marina (MCE) bukan akibat kebocoran paip atau air laut. Demikian penjelasan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebagai respons kepada video-video yang disebarkan di media sosial.
Dalam satu catatan Facebook pada Selasa (19 Mac), LTA menyatakan air itu daripada sistem perenjis air dalam terowong yang silap dihidupkan.
Sebuah video yang dimuat naik di beberapa laman Facebook menunjukkan penunggang motosikal berhenti di tepi terowong untuk memakai baju hujan sebelum melalui renjisan air.
Seorang pemandu dan penumpang kedengaran membuat andaian tentang punca air tersebut, sama ada ia akibat paip bocor atau air laut yang meresap ke dinding.
Satu lagi video menunjukkan kenderaan dihujani air selepas beberapa alt perenjis dihidupkan.
"Sistem memadam api menggunakan air yang dipasang dalam terowong MCE dihidupkan tanpa sengaja akibat masalah teknikal pagi ini. Masalah tersebut sudah dibetulkan dan tiada kebakaran berlaku dalam terowong," menurut LTA.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berwaspada semasa menggunakan jalan raya yang basah dan memandu dengan berhati-hati."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.