Skip to main content

Singapura

Air Canada akan hentikan laluan Vancouver-SG; penerbangan terakhir pada 26 Jan 2027

Anggaran Waktu Membaca:
Air Canada akan hentikan laluan Vancouver-SG; penerbangan terakhir pada 26 Jan 2027

Air Canada akan menghentikan laluan Vancouver-Singapura pada Januari 2027. (Gambar: Air Canada)

Diterbitkan : 24 Sep 2026 04:23PM
Air Canada to end Vancouver-Singapore route; final flight on Jan 26, 2027
  • Air Canada will end its Vancouver-Singapore route next year, with the last flight from Singapore scheduled for Jan 26, 2027.
  • Changi Airport Group said the move will remove the only non-stop flight between Singapore and Canada via Changi Airport.
  • The route, which began in April 2024, is currently operated four times a week, but no reason was given for the suspension of the service.
  • CAG said Singapore remains connected to North America through other direct flights and one-stop options, while exploring new opportunities if there is demand.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Air Canada, syarikat penerbangan terbesar Kanada, akan menghentikan laluan Vancouver-Singapura tahun depan, dengan penerbangan terakhir dari Singapura kini dijadualkan pada 26 Januari 2027.

Demikian menurut Changi Airport Group (CAG) dalam kenyataannya kepada Mediacorp pada Khamis (24 Sep).

Dengan penghentian laluan itu, tiada lagi penerbangan tanpa henti antara Singapura dengan Kanada.

CAG, yang menguruskan Lapangan Terbang Changi, menambah: “Walaupun penggantungan khidmat ini akan menamatkan satu-satunya hubungan udara langsung antara Changi dengan Kanada, Singapura kekal dihubungkan dengan Amerika Utara menerusi beberapa khidmat penerbangan langsung serta pelbagai pilihan penerbangan dengan satu persinggahan.

“CAG akan terus berbincang dengan syarikat penerbangan mengenai peluang untuk memperkukuh hubungan udara Singapura-Kanada dan menyokong pembangunan khidmat baharu serta sedia ada sekiranya terdapat permintaan.”

Khidmat penerbangan Vancouver-Singapura Air Canada bermula pada April 2024 dan kini beroperasi empat kali seminggu.

Mediacorp sudah menghubungi Air Canada untuk mendapatkan komen.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita