AIDILADHA 2026: Dr Faishal seru umat Islam SG junjung semangat ihsan & perpaduan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semangat Aidiladha terserlah dalam cara masyarakat Muslim menghadapi detik-detik sukar bersama sebagai sebuah masyarakat.
Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim berkata demikian dalam bingkisannya dari Tanah Suci sempena Hari Raya Aidiladha.
Dalam video yang dirakam beliau sebelum berwukuf di Arafah, Dr Faishal merujuk kepada ibadah korban yang terjejas di empat masjid dan di Al-Wehdah ekoran kegagalan The Meat Brothers membawa masuk kambing korban tepat pada waktunya.
Dr Faishal melahirkan penghargaan kepada para sohibul korban dalam menghadapi cabaran tersebut.
“Beberapa urusan korban tempatan telah berdepan cabaran tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada sohibul korban, rakan-rakan masjid dan anggota masyarakat atas kesabaran serta kefahaman mereka,” kata Dr Faishal.

Semangat kemurahan hati masyarakat Islam pula kata Dr Faishal terus dizahirkan menerusi inisiatif SalamSG Korban.
Ini dengan agihan bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga memerlukan, di dalam mahupun luar negara.
"Inilah semangat yang perlu kita pupuk bersama-sama — menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah, memberi dengan penuh kesyukuran, dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan.
"Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja mempertingkatkan kehidupan individu, malah turut mempererat ikatan yang menyatupadukan masyarakat
kita," jelas Dr Faishal.
KESELAMATAN JEMAAH HAJI SG DI TANAH SUCI
Dalam ucapannya, beliau turut meluahkan rasa syukur atas perkembangan terkini mengenai keadaan para jemaah haji Singapura yang dilaporkan berada dalam keadaan sihat, dalam mengerjakan kemuncak ibadah haji di Arafah.
Ini dengan sokongan penuh daripada pegawai MUIS, pasukan Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO), pasukan perubatan, sukarelawan serta rakan-rakan kerjasama lain.
"Di Arafah, saya dapat lihat betapa bermaknanya detik ini bagi jemaah kita. Ramai telah menunggu dan membuat persiapan selama bertahun-tahun. Mereka juga membawa bersama mereka doa keluarga dan orang tersayang di Singapura," luah Dr Faishal.
PELBAGAI USAHA DILAKSANA PASTIKAN KESELESAAN UMAT ISLAM SG TUNAI SOLAT AIDILADHA ESOK
Menjelangnya Hari Raya Aidiladha di Singapura pada Rabu (27 Mei), Dr Faishal turut menarik perhatian bahawa pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai jemaah dapat menunaikan solat dengan selesa.
Ini termasuk penyediaan ruang solat tambahan di masjid dan qaryah, jelas Dr Faishal.
Selain masjid tempatan, sebanyak 20,300 ruang solat disediakan di 44 lokasi oleh kumpulan Qaryah bagi solat Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Jumlah itu hampir 10 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Dalam menggulung ucapannya, Dr Faishal berkata:
"Semoga Hari Raya Aidiladha ini memperbaharui keazaman kita dan mengingatkan kita untuk terus saling mengambil berat antara satu sama lain kerana hanya dengan bersatu hati, kita mampu melangkah maju bersama.
"Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Singapura. Maaf zahir dan batin."

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.