AIC terima suntikan wang tunai, barangan bernilai S$5 juta
Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) menerima suntikan wang tunai dan barangan bernilai S$5 juta, daripada 20 penaja.
SINGAPURA: Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) menerima suntikan wang tunai dan barangan bernilai S$5 juta, daripada 20 penaja.
Ia bertujuan membantu sektor jagaan masyarakat menentang COVID-19.
Jumlah tersebut termasuk tajaan wang tunai S$2 juta dan barangan seperti cecair pembasmi kuman dan oksimeter nadi bernilai lebih S$3 juta.
Antara para penajanya termasuk Business China, Yayasan Temasek dan Singapore Pools.
Menurut AIC, sokongan tersebut bertujuan meningkatkan usaha dan menjadi dorongan moral.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.