AI penting dalam usaha tingkatkan khidmat kesihatan kepada ramai: Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berucap di Persidangan InnoTech, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, kecerdasan buatan (AI) penting dalam usaha meningkatkan khidmat kesihatan yang ditawarkan kepada orang ramai.
Beliau percaya, dengan data yang mencukupi serta sistem AI yang berkesan, AI penting dalam penyediaan intervensi awal dan jagaan kesihatan.
Encik Ong turut menggesa syarikat-syarikat dalam sektor kesihatan supaya menjadikan huraian-huraian jagaan kesihatan digital mereka lebih mesra kos dan relevan.
"Elakkan cara biasa di mana anda ada tukul besi dan semua perkara kelihatan seperti paku, bahawa anda ada masalah yang perlukan huraian. Sebaliknya, lihat apa yang ingin kami bina dan bagaimana anda boleh bantu. Bantuan anda perlu. Tanpa semua rakan industri, kami tidak mungkin berjaya membangunkannya sehingga sejauh ini," jelas Encik Ong.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.