Skip to main content

Singapura

AI dapat bantu negara dengan masalah kurang tenaga kerja seperti SG, kata Presiden Tharman

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Nov 2023 07:59PM Dikemas Kini : 15 Nov 2023 11:50PM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata, penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang meningkat dapat membantu negara-negara yang kekurangan tenaga pekerja seperti Singapura.

Ini kerana AI boleh lakukan fungsi-fungsi harian niaga seperti pengurusan rantaian bekalan atau khidmat pelanggan, bagi meredakan kekurangan tenaga pekerja dalam sektor-sektor itu.

"AI baik bagi negara-negara seperti Singapura kerana penduduk kita tidak ramai. Kita tidak mempunyai ramai pembuat progam atau kod komputer, serta bakat-bakat yang lain," kata Encik Tharman.

"Namun, AI bakal mengambil alih banyak tugas menghasilkan program dan ini memudahkan negara yang kurang tenaga pekerja seperti Singapura," tambahnya.

Encik Tharman berkata demikian di sebuah pesta Teknologi Kewangan (FinTech) yang berlangsung di Singapura pada Rabu (15 Nov).

Acara tahunan tersebut mengemukakan trend-trend baharu dalam sektor khidmat kewangan dan teknologi.

Dalam kesempatan itu, Presiden Tharman turut memberi amaran tentang risiko kecerdasan buatan (AI).

Misalnya, ramai pekerja kolar putih harus menimba kemahiran baharu sekiranya ingin kekal bekerja.

Beliau turut menarik perhatian bahawa AI harus dikawal selia, memandangkan ia boleh menghasilkan berita-berita palsu yang dapat menggugat demokrasi.
Sumber : CNA/FZ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita