AI akan lengkapi dan tingkatkan pekerjaan manusia, bukan jadi pengganti: DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menegaskan bahawa usaha menangani perubahan iklim dan persiapan menghadapi pandemik adalah antara cabaran utama bagi 50 tahun akan datang.
Bercakap dalam satu persidangan ekonomi serantau, beliau juga berkata bahawa Kecerdasan Buatan (AI) akan melengkapi dan meningkatkan pekerjaan bagi manusia, bukan menggantikannya.
"Terdapat banyak keprihatinan yang AI akan mengambil alih pekerjaan manusia. Saya secara peribadi tidak rasa sebegitu. Saya rasa perubahan besar seterusnya adalah bagaimana anak-anak kita belajar," ujar Encik Heng.
"Jika sistem AI boleh lakukan begitu banyak tugas tersebut, apa yang tinggal untuk anda lakukan? Saya lihat terdapat universiti yang melarang pelajar daripada memanfaatkan AI, dan saya rasa itu satu kesalahan besar," tegas beliau lagi.
Encik Heng sebaliknya menggesa agar institusi pendidikan "benar-benar belajar cara untuk memanfaatkannya".

Sumber : CNA/IA/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.