AHTC patuh arahan bataskan kuasa 2 AP - Sylvia Lim dan Low Thia Kiang
Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) akan mematuhi arahan supaya membataskan kuasa dua anggota parlimennya, Sylvia Lim dan Low Thia Kiang berkuat kuasa semalam (16 Jan).

Encik Low Thia Kiang dan Cik Sylvia Lim. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) akan mematuhi arahan supaya membataskan kuasa dua anggota parlimennya, Sylvia Lim dan Low Thia Kiang berkuat kuasa semalam (16 Jan).
Arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Lawrence Wong dua minggu lalu.
Kedua-dua AP itu dilepaskan daripada mempunyai hak mengundi dan peranan mereka menguruskan soal kewangan.
Pihak AHTC mengatakan keputusan itu diambil kerana menjadi satu kesalahan jika arahan itu diabaikan.
Kedua, majils bandaran itu mahu menumpukan perhatian pada tugas utamanya iaitu menguruskan estet-estet di bawah kendaliannya.
Pada Oktober 2019, kedua-dua anggota majlis bandaran itu didapati bertanggungjawab dalam kes yang melibatkan salah guna puluhan juta dolar dari dana majlis bandaran.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengemukakan usul di Parlimen agar majlis bandaran tersebut mengecualikan mereka dari semua urusan kewangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.