Ahli UFC Gym Singapore buat aduan polis susuli penutupan mengejut
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA
SINGAPURA: Pada Februari lalu, UFC Gym Singapore memberitahu para ahlinya bahawa ia akan menutup buat sementara waktu premis tunggalnya untuk menjalankan kerja-kerja ubah elok.
Para ahlinya bagaimanapun terkejut apabila mereka mendapati penyewa lain, Anytime Fitness, sudah mengambil alih ruangnya di pusat beli-belah CityLink Mall. Ini menyebabkan keahlian mereka menjadi tanda tanya.
UFC Gym Singapore adalah francais Ultimate Fighting Championship, iaitu seni mempertahankan diri campuran terbesar di dunia.
Ia membuka cawangannya yang pertama di CityLink Mall pada Mac 2019, menawarkan kelas seni bela diri campuran dan latihan peribadi. Ia kemudian membuka satu lagi cawangan di City Square Mall.
Cawangannya di City Square bagaimanapun ditutup pada 2022 disebabkan oleh "keadaan pasaran yang mencabar" dan kerugian yang dialami ekoran pandemik COVID-19, jelas gim tersebut di halaman media sosialnya pada 10 November.
UFC Gym Singapore menyatakan bahawa ia tidak dapat membayar balik bahagian keahlian atau perkhidmatan latihan peribadi yang tidak digunakan dengan bayaran tunai dan sebaliknya akan memindahkan keahlian mereka ke cawangannya di CityLink.
Salah seorang ahli gim tersebut, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Zhang, mendedahkan bahawa dia masih belum dibayar S$850 menyusuli penutupan operasi gim berkenaan.
"Mereka masih belum melunaskan pakej keahlian gim saya dan mereka langsung tidak melunaskan khidmat yang sudah dibayar ini," ujar barista tersebut, yang berusia 30-an tahun.
Malah, mereka juga tidak menjawab kiriman WhatsApp dan emel, sedang Cik Zhang menunjukkan tangkapan skrin mesej serta emel tersebut.
PENUTUPAN MENGEJUT SELEPAS UMUM KERJA UBAH ELOK
Pengumuman berhubung kerja-kerja ubah elok di ruang pusat beli-belah itu diumumkan kepada ahli-ahli gim tersebut menerusi emel bertarikh 28 Februari, yang menyatakan: "Kami ingin menasihati anda bahawa kami akan menaik taraf gim kami dalam masa beberapa bulan akan datang untuk menawarkan anda pilihan dan kemudahan latihan yang terbaik."
Ia menambah bahawa gim itu akan ditutup semasa kerja ubah elok itu dijalankan, dengan keahlian digantung buat sementara waktu tetapi akan kembali seperti sedia kala dengan pembukaan semula gim tersebut.
Pengumuman itu mengandungi alamat emel pengarah urusan gim tersebut, Barnabas Huang.
Sungguhpun demikian, premis UFC Gym Singapore di CityLink telah diambil alih oleh pengendali gim Anytime Fitness.
Ahli-ahli gim tersebut telah membuat aduan kepada pihak polis dan Persatuan Pengguna Singapura (CASE).
Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima aduan berhubung isu itu dan siasatan sedang dijalankan.
Presiden CASE, Melvin Yong berkata pihaknya menerima dua aduan terhadap UFC Gym Singapore berhubung penutupan operasinya secara mendadak antara 1 Februari sehingga 9 Mei tahun ini.
Memandangkan UFC Gym Singapore tidak lagi beroperasi, CASE menasihatkan pada pengguna supaya membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Kecil.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.