Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ahli terapi didenda S$5,000 cabul kehormatan wanita semasa sesi urut

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang ahli terapi urut sukan didenda S$5,000 oleh pihak mahkamah pada Selasa (10 Jan) kerana mencabul kerhormatan seorang wanita semasa satu sesi mengurut.

Ken Lim Hup Kheng, 49 tahun, pada asalnya ditetapkan untuk dibicarakan. Dia bagaimanapun memilih untuk mengaku bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan mangsa, yang berusia 27 tahun pada ketika itu.

Identiti mangsa tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa ahli fisioterapi mangsa menyarankan agar beliau mendapatkan khidmat urut sukan pada Mei 2018.

Sejak Januari 2018, beliau mendapatkan khidmat Lim, yang bekerja di klinik fisioterapi dan terapi urut.

Pada 3 Julai 2021, beliau menghadiri sesi urut sukan yang dikendalikan oleh Lim, secara berkala.

Semasa mangsa berbaring di atas meja urut dengan diselimuti tuala pada badannya, Lim meminta mangsa untuk melenturtegangkan otot punggungnya.

Mangsa menyangka bahawa ia adalah sebahagian daripada satu latihan untuk otot-otot di kakinya, lalu dia pun menuruti arahan tersebut.

Namun, Lim didapati memicit punggung mangsa sebelum meneruskan urutannya.

Mangsa terkejut dengan tindakan Lim. Sekalipun begitu, beliau kekal di tempat tersebut sehingga sesi itu tamat oleh kerana beliau tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas.

Menyusuli insiden tersebut, beliau membatalkan baki sesi urutnya dengan Lim lalu membuat aduan kepada majikan Lim sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seseorang untuk mencabul kehormatannya, Lim boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan