Ahli perniagaan didenda S$350,000 atas dagangan palsu saham Hiap Hoe, Hotel Grand Central
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengenakan denda sivil sebanyak S$350,000 terhadap seorang lelaki atas kesalahan melakukan perdagangan palsu dan tanpa kebenaran, di mana dia meletakkan nilai lebih tinggi daripada sebenarnya bagi dua saham.

Gambar fail bangunan Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Tindakan diambil menyusuli siasatan bersama oleh Jabatan Ehwal Komersial dan MAS selepas dirujuk oleh Peraturan Bursa Singapura (SGX RegCo), menurut bank pusat Singapura dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media bersama pada Isnin (13 Jan).
Gui Boon Sui, yang juga dikenali sebagai Goi Chon Yan, membeli saham dalam dua syarikat tersenarai dalam bursa Singapura - iaitu Hiap Hoe Limited (HHL) dan Hotel Grand Central Limited (HGC) antara Disember 2018 dengan Ogos 2022.
Ia dilakukan "dengan tujuan meningkatkan secara palsu nilai harga penutup saham itu", menurut pihak berkuasa.
Gui disenaraikan sebagai pengerusi laman pembekal huraian besi keluli, Regency Steel Asia yang merupakan anak syarikat konglomerat Jepun Mitsui.
Menurut laporan tahunan Hiap Hoe pada 2023, Encik Gui adalah pemegang saham besar dalam syarikat itu.
"Selain menggunakan akaun-akaun perniagaannya sendiri untuk melakukan perdagangan, Encik Gui juga menggunakan akaun perdagangan milik dua pekerjanya untuk melakukan pembelian saham HHL dan HGC tanpa kebenaran bagi tujuan yang sama."
Encik Gui sudah pun mengaku bersalah atas kesalahan melanggar peraturan perdagangan palsu dan tanpa izin di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan dan akan membayar dendai sivil kepada MAS tanpa perlu hadir di mahkamah.
Dia juga bersetuju untuk tidak menggalas peranan sebagai pengarah syarikat atau melibatkan diri dalam pengurusan syarikat selama tempoh dua tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.