Ahli muzik kelahiran Britain yang gubah muzik orkestra Cina terima Pingat Budaya
Seorang ahli muzik kelahiran Britain yang menggubah muzik orkestra Cina sudah diberi anugerah Pingat Budaya.

SINGAPURA: Seorang ahli muzik kelahiran Britain yang menggubah muzik orkestra Cina sudah diberi anugerah Pingat Budaya.
Anugerah pencapaian tertinggi yang kini masuk tahun ke-40 itu, mengiktiraf seniman terkemuka yang memperkayakan dunia seni Singapura.
Encik Eric James Watson berminat menggabungkan muzik dari pelbagai budaya sejak tiba di Singapura dalam tahun 1991.
Majlis Seni Kebangsaan menyatakan, karya beliau dipengaruhi suasana Singapura yang berbilang budaya dan bangsa.
Encik Watson juga menulis bagi Orkestra Simponi Singapura,Orkestra Cina Singapura serta untuk Perbarisan Hari Kebangsaan.
Beliau kini mengajar di Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Kemasyarakatan.
Sementara itu, Anugerah Seniman Muda diberikan kepada lima orang.
Mereka termasuk seniman reka-cipta pencahayaan dan seni pandang.
Anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian cemerlang, daya kreatif, kepimpinan dan komitmen dalam bidang seni.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.