Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ahli MKAC dapat peluang belajar seni gubahan bunga

Ahli Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam, MKAC dapat peluang belajar seni gubahan bunga daripada seorang tokoh yang pernah memenangi anugerah antarabangsa dalam gubahan bunga, Cik Hamidah Abdul Karim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2015 01:12PM Dikemas Kini : 30 Apr 2015 03:10PM

SINGAPURA: Peluang belajar kemahiran baru sambil melapangkan fikiran yang dibelenggu penyakit.

Atas kesedaran ini, Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam, MKAC, sering menganjurkan pelbagai bengkel buat ahli mereka yang ingin mempelajari kemahiran baru.

Yang terbaru - peluang belajar seni gubahan bunga daripada seorang tokoh yang pernah memenangi anugerah antarabangsa dalam gubahan bunga, Cik Hamidah Abdul Karim.

Bagi para peserta seperti Cik Zainon Arshad, bengkel-bengkel seperti inilah yang dapat meriangkan hati mereka.

Acara sebegini mengajar para peserta pelbagai kemahiran baru yang dapat mengisi masa lapang mereka sambil mendatangkan sedikit wang saku apabila hasil kerjatangan mereka dapat dijual.

Cik Zainon berkata: "Kita datang sini kita rasa tak lemah. Jumpa kawan-kawan, berbual, buat ini semua, bunga, masak-masak, buat-buat kek, kita rasa macam ada banyak pembaruan pada diri kita."

Bagi instrukturnya, Cik Hamidah Abdul Karim yang telah beberapa kali mewakili negara dan kerja bersama beberapa pelanggan profil tinggi, bengkel ini memberi beliau peluang untuk mengongsi kejayaannya dalam seni gubahan.

Cik Hamidah berkata: "Niat saya memang daripada dulu, apa yang saya belajar saya dapat pulangkan kepada masyarakat. InsyaAllah itu satu kepuasan pada diri saya. Tujuan saya untuk memberi sedikit pelajaran tentang gubahan bunga agar pesakit-pesakit MKAC ini dapat sebagai satu wadah untuk mereka keluarkan, menjual gubahan mereka nanti. "

MKAC bercadang untuk mengadakan lebih banyak bengkel seperti ini untuk memberi peluang kepada para ahlinya menimba ilmu baru. 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan