Ahli LawSoc setuju Dinesh Singh Dhillon undur diri; Tan Cheng Han dijangka jadi presiden
Selepas beberapa minggu perdebatan dalam kalangan masyarakat guaman berhubung pemilihan presiden Persatuan Guaman Singapura (Law Society of Singapore, LawSoc), majoriti ahli dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Isnin (22 Dis) mengundi untuk menyokong satu resolusi supaya Encik Dinesh Singh Dhillon berundur sebagai bakal presiden.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas beberapa minggu perdebatan dalam kalangan masyarakat guaman berhubung pemilihan presiden Persatuan Guaman Singapura (Law Society of Singapore, LawSoc), majoriti ahli dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Isnin (22 Dis) mengundi untuk menyokong satu resolusi supaya Encik Dinesh Singh Dhillon berundur sebagai bakal presiden.
Sebaliknya, peguam kanan Tan Cheng Han dijangka akan menyandang jawatan tersebut.
EGM itu diadakan di Hotel Wyndham Singapore pada pukul 5.00 petang bagi mengundi resolusi 17 Disember, di mana Encik Dhillon bersetuju untuk berundur sebagai presiden LawSoc pada 2026 “demi memelihara perpaduan” LawSoc.
Para peguam mula tiba untuk mendaftar sekurang-kurangnya sejam sebelum mesyuarat bermula, dengan barisan panjang terbentuk untuk memasuki lokasi walaupun mesyuarat sudah dimulakan.
Secara keseluruhannya, lebih 500 peguam hadir, sehingga kerusi tambahan terpaksa disediakan di dewan besar yang penuh sesak itu. Encik Dhillon dan Profesor Tan adalah antara peguam yang hadir.
Peguam Kanan Peter Cuthbert Low dan Chandra Mohan K Nair, yang sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai kebebasan LawSoc menyusuli pemilihan Encik Dhillon sebagai presiden, memohon agar EGM tersebut diadakan, turut hadir bagi mesyuarat itu.
Prosiding bermula sekitar pukul 5.20 petang dan dipengerusikan oleh presiden semasa LawSoc, Lisa Sam.
Dalam mesyuarat yang berlangsung selama lebih dua jam itu, para ahli membincangkan pelbagai isu yang dihadapi LawSoc sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk kebebasan LawSoc dan sama ada pemegang jawatan perlu terlebih dahulu dipilih ke dalam majlis LawSoc.
LawSoc juga sedang berdepan satu siasatan dalaman berkaitan gangguan di tempat kerja yang dijalankan oleh syarikat guaman TSMP Law, namun perkara itu tidak dibincangkan semasa EGM tersebut.
Semasa beberapa ketika, para peguam keluar dari mesyuarat tertutup itu ke kaunter penyambut tetamu untuk mengimbas kod QR bagi tujuan pengundian.
Beberapa pusingan undian dijalankan, termasuk satu undian untuk meminda resolusi persetujuan bagi menyatakan bahawa presiden LawSoc harus merupakan seorang ahli majlis yang dipilih. Undian itu diluluskan oleh majoriti, menggantikan syarat asal dalam dokumen tersebut yang menyatakan bahawa majlis akan merangka dan mengedarkan kriteria kelayakan yang dicadangkan bagi pemegang jawatan dalam tempoh dua bulan selepas menyandang jawatan.
Pada akhir mesyuarat, majoriti mengundi untuk menyokong resolusi tersebut. Daripada keseluruhan 428 undi, 370 undi (86.5 peratus) menyokong resolusi yang dipinda, manakala 58 undi menentangnya.
Majlis yang bakal dilantik akan bersidang dalam masa beberapa minggu mendatang bagi undian jawatan presiden dan naib presiden sebagai satu formaliti.
Selepas mesyuarat itu, Cik Sam dan Encik Dhillon enggan memberikan komen.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh LawSoc, Profesor Tan, seorang perunding kanan di Wong Partnership, berkata: “Saya berbesar hati kerana mengikut tradisi terbaik LawSoc, persatuan ini telah mencapai satu keputusan yang munasabah dan berhemah.
“Ia mencerminkan kekuatan dan kesepakatan masyarakat guaman Singapura. Saya ingin memberi penghormatan kepada para ahli LawSoc atas pelibatan mereka yang teliti dan bernilai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dinesh atas semangat beliau ketika bertanding bagi jawatan presiden serta sikap berhemah dan kewibawaan yang ditunjukkannya sejak beberapa minggu kebelakangan ini.”
Encik Chandra Mohan memberitahu Mediacorp bahawa beliau “amat berpuas hati dengan keputusan tersebut”.
“Bagi jawatan presiden LawSoc, majoriti … telah menyatakan bahawa mereka mahu presiden dipilih oleh para ahli, dan kemudian, setelah berada dalam majlis, majlis itu pula memilih presiden.
“Sebenarnya hasrat para ahli ialah presiden mesti dipilih melalui undian ahli,” kata beliau.
KEBIMBANGAN AWAL BERHUBUNG KEBEBASAN LAWSOC
Pada awal 2025, Encik Dhillon dipilih oleh majoriti dalam kalangan 21 anggota majlis LawSoc untuk menerajui persatuan tersebut sebagai presidennya pada 2026.
Beliau merupakan bakal presiden pertama yang merupakan seorang ahli berkanun yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang ke dalam Majlis LawSoc.
Ini bermakna Encik Dhillon, yang merupakan ketua bersama amalan timbang tara antarabangsa di Allen & Gledhill, tidak dipilih ke dalam majlis oleh kira-kira 6,400 ahli LawSoc.
Pelantikannya mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan sebilangan peguam, yang berpendirian bahawa jawatan presiden seharusnya disandang oleh seorang ahli yang asalnya dipilih ke dalam majlis.
Dalam masa beberapa hari selepas pengumuman tentang pelantikan tersebut pada November, Encik Low dan Encik Chandra Mohan menerajui satu notis permohonan bagi mengadakan EGM, selain mencadangkan satu resolusi supaya majlis memilih seorang presiden yang diundi masuk oleh para ahli LawSoc.
Notis permohonan itu dikemukakan kepada LawSoc pada 24 November, namun EGM tidak diadakan pada ketika itu.
Sebaliknya, majlis mengundang para ahli ke satu sesi jamuan teh pada 10 Disember, di mana para peguam berbahas mengenai isu-isu berkaitan kebebasan.
Pada sesi jamuan teh tersebut, turut didedahkan bahawa Encik Dhillon berikrar untuk tidak bertanding untuk jawatan presiden kecuali beliau terlebih dahulu bertanding dalam pemilihan majlis sekitar Oktober akan datang, dan dipilih masuk.
Sekitar waktu itu, LawSoc menerima dua usul tambahan daripada dua orang peguam lain.
Kesemua usul itu dijadual untuk didengarkan dan dibahaskan dalam EGM pada Isnin.
Dalam satu pertemuan dengan sekumpulan kecil ahli pada 17 Disember, Encik Dhillon bersetuju untuk berundur sebagai presiden LawSoc bagi 2026, dengan Profesor Tan mengambil alih peranan tersebut. Encik Dhillon akan terus berkhidmat sebagai naib presiden.
Satu resolusi persetujuan yang mencerminkan persetujuan itu diedarkan secara online pada 18 Disember. Dokumen itu ditandatangani oleh Encik Low, Encik Chandra Mohan, Encik Dhillon serta seorang peguam yang mengemukakan salah satu usul tambahan dan disaksikan oleh Profesor Tan dan peguam Luo Ling Ling.
Dalam dokumen tersebut, Encik Dhillon bersetuju untuk berundur “demi memelihara perpaduan” LawSoc dan “kebimbangan” yang dibangkitkan.
Dokumen itu mengakui tiada isu berkaitan kebebasan atau kecekapan Encik Dhillon, dan bahawa beliau dipilih mengikut prosedur serta undang-undang.
Semua usul dan resolusi yang sebelum ini dicadangkan bagi EGM Isnin itu ditarik balik “dengan persetujuan semua pihak”, menurut dokumen berkenaan.
Menurut dokumen tersebut, majlis juga akan mengedarkan kriteria kelayakan yang dicadangkan bagi pemegang jawatan kepada semua ahli LawSoc dalam tempoh dua bulan selepas memegang peranan tersebut.
Para ahli akan diberikan sekurang-kurangnya enam minggu untuk meneliti dan memberi maklum balas terhadap cadangan tersebut, yang akan merangkumi tempoh perkhidmatan minimum dalam majlis bagi pemegang jawatan. Kriteria muktamad itu akan dibentangkan untuk diluluskan semasa mesyuarat agung tahunan pada 2026.
Bagaimanapun, semasa EGM pada Isnin, syarat tersebut digantikan dengan satu ayat yang menyatakan bahawa presiden “haruslah merupakan seorang ahli majlis yang dipilih”, bermakna majlis tidak lagi perlu untuk merangka kriteria kelayakan tersebut.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.