Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ahli keluarga, rakan ucap selamat tinggal kepada mendiang 1SG Edward Go

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beratus-ratus ahli keluarga, rakan dan pegawai serta kakitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) hadir di Krematorium Mandai pada Selasa (13 Dis) untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anggota bomba yang meninggal dunia ketika memadamkan kebakaran di Henderson Road.

Mendiang anggota bomba Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), Sarjan Edward H Go diberi penghormatan penuh istiadat, di samping dinaikkan pangkat secara anumerta sebagai Sarjan Pertama.
Sarjan Go, yang berusia 19 tahun, dilaporkan rebah semasa memadamkan kebakaran di Blok 91 Henderson Road pada Khamis lalu.

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Beliau adalah anggota bomba pertama yang meninggal dunia semasa operasi SCDF sedang dijalankan.

Sekitar 12.30 tengah hari Selasa, keranda mendiang dengan bendera negara, diusung di atas kereta jenazah selepas upacara bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Sin Ming Drive berakhir.

Kereta jenazah tiba di Krematorium Mandai sekitar setengah jam kemudian. Keranda mendiang kemudian dialihkan ke kenderaan Red Rhino yang diselimuti dengan kain berwarna hitam sebelum dibawa masuk ke dewan krematorium tersebut.
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
Para anggota Pancaragam Pasukan Polis Singapura mengiringi keranda mendiang ke dewan krematorium itu, dengan lebih seratus pegawai SCDF membarisi sepanjang jalan raya tersebut.

Dewan krematorium penuh sesak dengan saudara-mara dan rakan-rakan mendiang yang menyampaikan ucapan eulogi.

Para anggota media tidak dibenarkan memasuki dewan tersebut.
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
Pada awal pagi Selasa, Sarjan Go dinaikkan pangkat secara anumerta sebagai Sarjan Pertama dan diberikan penghormatan penuh istiadat.

Semboyan dibunyikan di kesemua 23 balai bomba serta ibu pejabat SCDF, ibu pejabat divisyen dan Akademi Pertahanan Awam.

Para pegawai SCDF di merata Singapura memberikan penghormatan terakhir kepada Sarjan Go dan bertafakur selama seminit.

Dalam ucapannya, Pesuruhjaya SCDF Eric Yap mengatakan bahawa mereka akan sentiasa mengingati Sarjan Go atas sifatnya yang tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa bersikap profesional dan komited semasa menjalankan tugasnya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan