Ahli ekonomi naikkan unjuran pertumbuhan SG 2025 kepada 4.1%: Tinjauan MAS
Ahli ekonomi sektor swasta menaikkan unjuran pertumbuhan bagi ekonomi Singapura tahun ini kepada 4.1 peratus, jauh lebih tinggi daripada anggaran 2.4 peratus yang dibuat sebelum ini pada September.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ahli ekonomi sektor swasta menaikkan unjuran pertumbuhan bagi ekonomi Singapura tahun ini kepada 4.1 peratus, jauh lebih tinggi daripada anggaran 2.4 peratus yang dibuat sebelum ini pada September.
Unjuran itu yang diterbitkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam tinjauan terkini peramal profesional pada Rabu (17 Dis), serupa dengan unjuran Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) kira-kira 4 peratus dan lebih rendah sedikit berbanding pertumbuhan 4.4 peratus yang dicatatkan pada tahun lalu.
Seramai 20 ahli ekonomi dan penganalisis menyertai tinjauan itu, menurut MAS.
Ekonomi Singapura tumbuh sebanyak 4.2 peratus tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu pada suku ketiga 2025, dengan mudah mengatasi unjuran median para responden iaitu sebanyak 0.9 peratus dalam tinjauan sebelumnya pada September.
Dalam tinjauan terkini, para responden menjangkakan ekonomi yang tumbuh sebanyak 3.6 peratus dari tahun ke tahun pada suku terakhir 2025.
Risiko geopolitik, termasuk peningkatan dalam ketegangan perdagangan dan perang, merupakan risiko kelemahan paling dinukil terhadap prospek ekonomi Singapura.
Para ahli ekonomi juga menarik perhatian kepada pemecahan gelembung kecerdasan buatan (AI), dengan kesan sampingan terhadap pasaran kewangan serta kelembapan luaran sebagai potensi risiko.
Sementara itu, kebanyakan responden menukil peningkatan kitaran teknologi yang diterajui AI secara berterusan sebagai "risiko mendorong" prospek ekonomi Singapura, dan ketegangan perdagangan yang mereda sebagai risiko mendorong utama.
Ramalan kadar inflasi kekal tidak berubah daripada tinjauan sebelumnya.
Unjuran median bagi inflasi keseluruhan, yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna-Semua Barangan (CPI-Semua Barangan), kekal pada 0.9 peratus untuk tahun penuh.
Inflasi-Semua Barangan tidak termasuk perbelanjaan bukan penggunaan seperti pembelian rumah, saham dan aset kewangan lain serta cukai pendapatan.
Sementara itu, inflasi teras yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet, diramalkan pada 0.7 peratus, tidak berubah daripada tinjauan sebelumnya.
Hampir semua responden tidak menjangkakan sebarang peralihan dasar kewangan dalam semakan dasar Januari hingga April 2026, menurut MAS.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.