Skip to main content

Singapura

Ahli ekonomi kurangkan ramalan pertumbuhan 2023 SG kepada 1.4% dek pertumbuhan perlahan sejagat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Jun 2023 02:42PM Dikemas Kini : 14 Jun 2023 08:52PM
SINGAPURA: Ahli ekonomi sektor privet mengurangkan ramalan mereka bagi pertumbuhan ekonomi Singapapura tahun ini kepada 1.4 peratus, kurang daripada ramalan pada Mac iaitu 1.9 peratus.

Dapatan dari tinjauan terkini oleh pakar peramal dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu (14 Jun). Tinjauan itu dijalankan pada 25 Mei.

Kesan limpahan dari pertumbuhan luar yang perlahan dipetik sebagai risiko buruk terhadap prospek domestik, seperti yang dikenal pasti oleh 61 peratus daripada 24 responden. Ia juga seringkali disenaraikan sebagai antara risiko paling buruk.

Para responden juga menyebut tekanan inflasi dan ketegangan geopolitik yang memuncak sebagai risiko kepada prospek pertumbuhan domestik.

Bulan lalu, China melarang syarikat gergasi semikonduktor Amerika Syarikat, Micron, daripada menjual cip kepada industri domestik utama di tengah-tengah ketegangan kedua-dua negara. Peperangan di Ukraine juga bertambah buruk.

Hampir 71 peratus responden mengatakan pertumbuhan lebih kukuh di China, didorong oleh pembukaan ekonomi dan kelonggaran pada dasar makroekonomi, sebagai risiko positif kepada prospek pertumbuhan Singapura.

Awal tahun ini, China membuka semula sempadannya dan menggugurkan syarat kuarantin bagi pelawat.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MIT) pada Mei mengekalkan ramalan pertumbuhan 2023 pada 0.5 peratus hingga 2.5 preatus, dengan pertumbuhan mungkin "berlaku pada titik-tengah" julat itu.

Responden kepada tinjauan terkini MAS menganggarkan Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) akan berkembang 2.5 peratus pada 2024.

INFLASI

Ahli ekonomi sektor privet menjangkakan inflasi teras mencecah 4.1 peratus pada 2023, tidak berubah daripada ramalan mereka pada Mac.

Inflasi teras, yang mengecualikan kos penginapan dan kenderaan privet, diramal mencapai 4.6 peratus pada suku kedua tahun ini, menurut tinjauan responden.

Para ahli ekonomi itu juga meramalkan inflasi teras akan merosot kepada tiga peratus tahun depan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita