Skip to main content

Singapura

Ah Yat Abalone Forum Restaurant, Asia Piling didakwa kerana benarkan 65 orang berkumpul

Restoran Ah Yat Abalone Forum akan didakwa pada Rabu (1 Sep) kerana membenarkan sebuah kumpulan seramai 65 orang untuk berkumpul di premisnya bagi menghadiri sebuah jamuan malam syarikat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ah Yat Abalone Forum Restaurant, Asia Piling didakwa kerana benarkan 65 orang berkumpul

Ah Yat Seafood Restaurant di The Grandstand (Turf City). (Gambar: Ah Yat Seafood/Facebook)

SINGAPURA: Restoran Ah Yat Abalone Forum akan didakwa pada Rabu (1 Sep) kerana membenarkan sebuah kumpulan seramai 65 orang untuk berkumpul di premisnya bagi menghadiri sebuah jamuan malam syarikat.

Syarikat yang menganjurkan jamuan malam itu, Asia Piling, juga akan didakwa pada hari yang sama. Demikian menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam satu kenyataan media pada Selasa (31 Ogos).

Jamuan malam itu diadakan pada 6 Februari di cawangan restoran tersebut di The Grandstand di 200 Turf Club Road.

Asia Piling akan didakwa atas tuduhan "menganjurkan perhimpunan melibatkan 65 orang bagi tujuan yang pada dasarnya berunsur riadah atau peribadi," menurut SLA.

"Pemerintah memandang serius terhadap pelanggaran seumpama itu," tegas penguasa tersebut.

Di bawah Akta (Langkah-Langkah Sementara) COVID-19, pesalah boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga enam bulan.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$20,000, dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita