Agong bertemu PM Lee, 4 menteri SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MCI
SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu (26 Okt) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan empat menterinya sempena lawatan negara ke Singapura.
Sesi pertemuan yang berlangsung di Hotel Shangri-La itu juga dihadiri Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching.
Menteri-menteri Singapura yang turut hadir ialah Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan Menteri Pengangkutan S. Iswaran.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri ke sesi pertemuan itu diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin dan Ketua Setiausaha Pengangkutan Isham Ishak.
Usai sesi pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan oleh Encik Lee dan Cik Ho Ching.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri tiba di Singapura semalam bagi mengadakan lawatan negara ke negara jiran terdekat Malaysia itu sehingga Jumaat ini.
Lawatan negara ke Singapura itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat serta istimewa antara Malaysia dengan Singapura, bermula sejak 57 tahun lalu.
Pada sebelah petang hari ini, Al-Sultan Abdullah dan isterinya dijadualkan berangkat ke Majlis Sambutan Negara di Istana serta akan melakukan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob disusuli dengan Majlis Santapan Negara.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.