Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agong adakan lawatan negara ke SG

Anggaran Waktu Membaca:
Agong adakan lawatan negara ke SG

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. (Gambar fail: BERNAMA)

SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengadakan lawatan negara ke Singapura bermula Selasa (25 Okt) hingga 28 Oktober.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin (24 Okt) memaklumkan lawatan negara itu atas undangan Presiden Halimah Yacob.

Antara program yang diatur termasuk Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap dan Majlis Santapan Negara yang akan dihoskan oleh Presiden Halimah di Istana.

"Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan turut menghadap Al-Sultan Abdullah dan menghoskan majlis makan tengah hari untuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong."

"Semasa lawatan tersebut, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melawat beberapa tempat bersejarah serta prasarana pemerintah Singapura," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Seri Paduka berdua akan turut berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersama Keluarga Malaysia di Singapura.

Keberangkatan Seri Paduka berdua akan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Isham Ishak dan pegawai-pegawai daripada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Luar.

"Lawatan negara ini melambangkan hubungan dua hala yang mesra dan erat antara Malaysia dan Singapura yang pastinya akan memperkukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan