Skip to main content

Singapura

Agihan token TraceTogether dikurangkan; permintaan makin merosot

Anggaran Waktu Membaca:
Agihan token TraceTogether dikurangkan; permintaan makin merosot

Token TraceTogether bersebelahan sebuah telefon bimbit yang memaparkan aplikasi. (Gambar fail: Agensi Teknologi Pemerintah Singapura.)

Diterbitkan : 01 Jul 2022 10:47PM
SINGAPURA: Pengagihan token TraceTogether dikurangkan sedang permintaannya semakin berkurangan, menurut Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) pada Jumaat (1 Jul).

Mulai 1 Ogos, kaunter token TraceTogether di kelab masyarakat ataupun balai rakyat hanya akan beroperasi dari Sabtu hingga Isnin setiap minggu meskipun kaunter-kaunter itu dibuka di kesemua 108 lokasi.

Buat masa ini, hampir separuh daripada kaunter-kaunter itu beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum.

Mesin layan diri token TraceTogether di pusat beli-belah juga akan menghentikan operasi masing-masing mulai 1 Ogos.

Khidmat penghantaran langsung SingPost bagi token TraceTogether juga dihentikan pada Jumaat (1 Jul).

"Kami sudah mengurangkan operasi kerana tiada lagi permintaan yang tinggi bagi token-token tersebut," menurut SNDGO dalam catata Facebooknya.

Orang ramai yang memerlukan token baru atau mahu menggantikan token mereka boleh mengunjungi kaunter-kaunter TraceTogether semasa waktu operasi.

Mereka juga boleh menggantikan token lama mereka melalui mesin layan diri yang ditempatkan di kelab masyarakat dan balai rakyat.

SNDGO turut menyatakan bahawa orang ramai boleh menukar ataupun terus menggunakan aplikasi TraceTogether jika terdapat keperluan untuk mengaktifkan semula pengesanan kontak.

Senarai kaunter dan lokasi mesin layan diri boleh didapatkan di laman web token.gowhere.gov.sg.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita