Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agihan token TraceTogether digantung sehari, diedarkan semula dari 29 Okt

Pengedaran alat TraceTogether di kelab-kelab masyarakat (CC) digantung buat sementara waktu dan akan bermula semula dari Khamis (29 Okt) di kawasan penduduk, satu persatu.

Anggaran Waktu Membaca:
Agihan token TraceTogether digantung sehari, diedarkan semula dari 29 Okt

Token TraceTogether berfungsi dengan saling bertukar isyarat Bluetooth dengan token berhampiran (Gambar: Gov.sg)

Diterbitkan : 27 Oct 2020 11:25PM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 11:29PM

SINGAPURA: Pengedaran alat TraceTogether di kelab-kelab masyarakat (CC) digantung buat sementara waktu dan akan bermula semula dari Khamis (29 Okt) di kawasan penduduk, satu persatu.

Ini dilakukan untuk "memenuhi permintaan dengan lebih baik" dan mengelakkan orang ramai beratur panjang di beberapa kelab masyarakat, kata Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Sebelum ia digantung, pengagihan dilakukan di 38 kelab masyarakat sepanjang enam minggu lalu.

Kaedah pengagihan baru akan bermula pada Khamis di Kelab Masyarakat Marsiling untuk penduduk di kawasan Marsiling.

Ini diikuti oleh kelab masyarakat Fuchun dan Woodgrove pada Sabtu untuk para penduduk Woodgrove.

"Lebih banyak CC kawasan undi akan dibuka secara bertahap-tahap untuk pengagihan token dari Oktober hingga Disember. Menjelang separuh kedua Disember, kesemua CC akan dibuka untuk pengagihan, termasuk 38 CC diperingkat awal," kata SNDGO.

Para penduduk boleh menyemak laman TokenGoWhere untuk tempat yang ditetapkan dan jadual lengkap pengagihan.

SNDGO mengumumkan pada Isnin malam bahawa penduduk hanya akan dibenarkan mengambil token dari kelab masyarakat kawasan mereka sendiri.

Pada Selasa, ia menyatakan bahawa permintaan untuk token melonjak di tempat-tempat pengagihan selepas pengumuman minggu lalu bahawa pendaftaran SafeEntry menggunakan hanya TraceTogether akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di tempat-tempat popular termasuk tempat kerja, sekolah, pusat beli-belah, kedai makanan dan minuman serta hotel menjelang akhir tahun.

Apabila SafeEntry yang hanya menggunakan TraceTogether dilaksanakan, pengunjung tidak akan lagi dapat masuk dengan mengimbas kod QR dengan kamera telefon, menggunakan SingPass Mobile atau mengimbas kad pengenalan mereka.

Sebaliknya, mereka harus menggunakan aplikasi TraceTogether untuk mengimbas kod QR tempat tersebut atau membenarkan kakitangan bertugas untuk mengimbas kod QR pada token TraceTogether mereka.

Para penduduk tidak perlu mengambil token jika mereka sudah menggunakan aplikasinya kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, kata SNDGO.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan