Agihan tiket Rumah Terbuka Angkatan Tentera Darat hampir habis
SINGAPURA: Tiket-tiket bagi Rumah Terbuka Angkatan Tentera Darat yang bermula hujung minggu ini di Bangunan Pit F1 sudah hampir habis dibahagikan.
Lebih 80 peratus daripada 90,000 tiket bagi tapak utama sudah diambil.
Semua tiket bagi pameran di kawasan kejiranan bulan depan di Punggol dan Bishan juga sudah habis dibahagikan.
Tiket-tiket diperkenalkan tahun ini sebagai cara menguruskan kesesakan.
Para pengunjung juga akan dapat menikmati perjalanan di atas kenderaan berperisai atau menguji kecekapan menembak.
Rumah Terbuka Tentera Darat kembali diadakan selepas lima tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.