Agihan terakhir harta warisan $13 juta pasangan Essery diberi kepada 4 badan amal SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: The estate of Jo and Gerry Essery
SINGAPURA: Pengagihan terakhir hadiah harta warisan S$13 juta daripada pasangan Jo dan Gerry Essery diberikan kepada empat badan amal di Singapura.
Jo dan Gerry Essery pernah menetap di seluruh dunia - di Britain, Afrika Selatan dan Australia - dan mereka memutuskan untuk memilih Singapura sebagai rumah mereka pada tahun 1970-an.
Selepas mereka meninggal dunia, pasangan itu meninggalkan lebih S$13 juta kepada empat badan amal Singapura: Hospis Assisi, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) dan Dana Bandar Raya Taman.
Hospis Assisi, NKF dan SPCA menerima S$2 juta setiap satu sebagai sebahagian daripada pengagihan akhir, tambahan kepada S$2 juta yang masing-masing terima pada 2017.
Lagi S$1.183 juta disalurkan kepada Dana Bandar Raya Taman, sebuah badan amal berdaftar Lembaga Taman Negara (NPARKS).
Pada hari Isnin (9 Jan), pokok warisan di Kebun Bunga Singapura didedikasikan kepada pasangan itu.
Pasangan itu mahu menyumbang kepada pertubuhan yang mereka sayangi dan meninggalkan "legasi kesan sosial", menurut empat badan amal itu dalam kenyataan media bersama.
Pusat Dialisis Jo dan Gerry Essery-NKF ditubuhkan di Marsiling dengan sumbangan S$2 juta pertama pada 2017. Ia merupakan salah satu pusat dialisis terbesar di bahagian utara Singapura dan merawat hingga 132 pesakit.
Ia juga merupakan salah satu pusat pertama yang merintis pengurusan jagaan diri di bawah program pemulihan buah pinggang, di mana pesakit mengukur berat badan mereka sendiri, memeriksa degupan jantung mereka dan bersiap sediai untuk dialisis.
Kira-kira 77 peratus pesakit NKF membayar kurang S$50 sebulan, yang harga sebenarnya adalah lebih S$2,000 tanpa subsidi, menurut badan amal itu.
Dana S$2 juta daripada pasangan Essery itu akan disalurkan untuk menyokong lebih 5,300 pesakit NKF dan penerima yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalai rawatan dan jagaan dialisis.
Hadiah harta warisan daripada pasangan itu diberikan kepada badan amal Assisi Hospis yang menyediakan jagaan akhir hayat untuk pesakit yang menghidap penyakit yang tidak boleh pulih.
Hospis itu memberi perkhidmatan kepada kira-kira 2,500 pesakit setahun, dan kira-kira separuh daripada mereka merupakan golongan berpendapatan terendah.
Sebuah dewan di hospis itu diberikan nama mereka sebagai tanda penghormatan.
Dana S$2 juta yang diberikan kepada SPCA pada 2017 disalurkan kepada dana bangunan persatuan tersebut dan digunakan untuk membangunkan pavilion pendidikan terbuka, yang dinamakan Essery Education Pavilion.
Ia juga membantu SPCA membuat kerja-kerja naik taraf kepada bilik pemulihan di Klinik Haiwan Komuniti bukan untuk keuntungan, yang menjalankan lebih 1,800 pembedahan dan 11,600 temu janji perubatan setiap tahun.
Pengagihan terakhir dana mereka disalurkan ke arah usaha mempertingkat khidmat menyelamat dan perlindungan SPCA, menyediakan khidmat veterinar untuk haiwan masyarakat dan haiwan peliharaan daripada isi rumah berpendapatan rendah, dan usaha sokongan SPCA dengan belia.
Dana Bandar Raya Taman menyokong Kebun Bunga Sinagpura yang merupakan tempat yang digemari pasangan itu.
Tahun ini, sebanyak S$983,000 didermakan kepada dana tersebut. Ini adalah tambahan daripada S$200,000 yang didermakan pada 2020 kepada NParks untuk menyokong usaha mendekati keluarga yang kurang bernasib baik dan prosedur bagi mengawal pembiakan haiwan peliharaan mereka, serta pemantauan dan kajian hidupan liar.
Kebun Bunga Singapura mendedikasikan pokok warisan Burmese Banyan yang terletak di Swan Lake kepada pasangan itu.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.