Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agihan kedua TAA menerusi Dana Darurat dianggar bernilai S$331,600; bantu 3,316 harungi pandemik COVID-19

Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengadakan satu lagi agihan dana bernilai S$331,600 buat para penerima bantuannya pada Jumaat (24 Jul). Ini adalah tambahan kepada dana sebanyak S$1.15 juta yang sudahpun diagihkan pada Mei lalu di bawah Dana Aidilfitri TAA.

Anggaran Waktu Membaca:
Agihan kedua TAA menerusi Dana Darurat dianggar bernilai S$331,600; bantu 3,316 harungi pandemik COVID-19

Logo Dana Amanah TAA.

Diterbitkan : 23 Jul 2020 09:48AM Dikemas Kini : 23 Jul 2020 09:50AM

SINGAPURA: Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengadakan satu lagi agihan dana bernilai S$331,600 buat para penerima bantuannya pada Jumaat (24 Jul). Ini adalah tambahan kepada dana sebanyak S$1.15 juta yang sudahpun diagihkan pada Mei lalu di bawah Dana Aidilfitri TAA. Demikian menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (23 Jul). 

Dipanggil Dana Darurat TAA, agihan kedua itu sebagai sokongan tambahan untuk 3,316 penerima - yang mendapat Dana Aidilfitri TAA pada bulan Ramadan lalu - demi membantu mereka mengharungi masa sukar di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang.

"Kami berhasrat untuk melakukan lebih banyak lagi buat golongan kurang mampu dalam masyarakat. Kami kini memberi khidmat kepada lebih 3,300 penerima daripada keluarga berpendapatan rendah yang mudah terjejas. Dengan cabaran ekonomi semasa, pekerjaan terjejas dan boleh menyebabkan kehilangan pendapatan bagi banyak keluarga," ujar Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Farihullah S/O Abdul Wahab Safiullah.

"Lantaran itu, kami sedang mengusahakan strategi dan inisiatif yang akan membolehkan TAA meningkatkan keupayaan kami supaya bersedia untuk membantu lebih banyak keluarga terutama pada masa-masa sukar ini."

Atas sokongan padu masyarakat serta para penderma, jumlah agihan dana pada 2020 adalah yang tertinggi dalam sejarah 28 tahun TAA, yang bergantung kepada kutipan derma awam bagi menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan kurang bernasib baik.

Bagi tahun berikutnya, TAA menganggarkan Dana Aidilfitri sebanyak S$1.2 juta diperlukan dengan bilangan permohonan bantuan dijangka meningkat. Ini berdasarkan rekod sepanjang tiga tahun lalu yang menunjukkan peningkatan pada jumlah permohonan daripada penerima bantuan.

Sebahagian besar penerima bantuan TAA akan menerima agihan kedua dana tersebut melalui GIRO, menurut pertubuhan itu.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan