Skip to main content

Singapura

Agihan daging korban cerminan kemanusiaan, semangat kemasyarakatan SG: PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jun 2025 09:16PM Dikemas Kini : 07 Jun 2025 09:19PM

SINGAPURA: Para pemimpin negara mengutuskan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Singapura.

Dalam catatan beliau di media sosial hari ini (7 Jun), Perdana Menteri Lawrence Wong turut menitipkan harapan semoga para jemaah Singapura beroleh ibadah Haji yang bermakna dan selamat pulang ke tanah air. 

PM Wong menambah pengagihan daging korban kepada golongan memerlukan, tidak kira kaum dan agama, satu peringatan kepada semua akan nilai kemanusiaan serta semangat kemasyarakatan yang dikongsi bersama. 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong meluangkan masa di Masjid Al-Islah di Punggol pagi tadi untuk bertemu para penduduk usai mereka menunaikan solat sunat Aidiladha.

Selain DPM Gan, rakan sepasukan beliau di GRC Punggol Sun Xueling juga turun padang ke masjid yang sama.

Menulis di Facebook, beliau berharap hari yang penuh barakah ini melahirkan ketenangan, keimanan dan kesyukuran kepada semua. 

Mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melahirkan kesyukuran kerana berpeluang mengerjakan solat Hari Raya Aidiladha di Qaryah Golden Pines di Tampines.

Encik Masagos berkongsi di Facebook bahawa semangat persaudaraan dalam masyarakat cukup terserlah. 

Ketua Pembangkang Pritam Singh, yang berkunjung ke Masjid Alkaff Kampung Melayu, berkongsi harapan semoga Hari Raya Aidiladha membawa penuh keberkatan kepada semua umat Islam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita