Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi SG alu-alukan peraturan baru disaran pemerintah Indonesia untuk lindungi pembantu rumah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi-agensi pembantu rumah di Singapura mengalu-alukan undang-undang terbaru yang diusulkan pemerintah Indonesia, bertujuan untuk meningkatkan perlindungan bagi golongan pembantu rumah.

Jika diluluskan, Akta PPRT tersebut akan menetapkan gaji minimum, perlindungan daripada penganiayaan serta banyak lagi.

Pertama kali dikemukakan lebih 19 tahun lalu, undang-undang tersebut kini menjadi keutamaan pemerintah Indonesia.

Walaupun rata-rata dilihat sebagai satu langkah positif, beberapa agensi pembantu rumah di Singapura menyatakan, banyak lagi yang boleh dilakukan pihaknya agar para pembantu rumah memperolehi pengalaman bekerja yang lebih baik.

"Saya rasa pengiktirafan dan perlindungan yang jelas, adalah baik pada jangka panjang. Namun, peraturan itu perlu adil, dan bukan akhirnya menghukum atau menyusahkan majikan yang baik di Singapura. Juga agar tidak menggugat peluang pembantu rumah untuk mendapatkan pekerjaan demi menyokong keluarga mereka," kata Encik Ryan Ng, Pengarah Urusan, Master Employment Agency.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan