Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi Sains & Teknologi Home Team guna teknologi pengimbas laser cipta model maya nahas jalan raya

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi Sains & Teknologi Home Team guna teknologi pengimbas laser cipta model maya nahas jalan raya
Diterbitkan : 29 Oct 2024 11:26PM Dikemas Kini : 29 Oct 2024 11:39PM
SINGAPURA: Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) sedang meneroka cara-cara meningkatkan teknologi pengimbas laser 3-D yang digunakan untuk mencipta semula kejadian kemalangan di jalan raya.

Ini dijangka dapat memendekkan tempoh siasatan, selain mengurangkan gangguan kepada trafik.

Pengimbas laser 3-D ini boleh mencipta model maya mengenai kemalangan, dalam masa beberapa minit sahaja.

Gambaran 360 darjah yang dihasilkan mengurangkan keperluan bagi pegawai Polis Trafik untuk berulang alik ke tempat kejadian.

Teknologi ini dimanfaatkan sekitar 70 kali dalam setahun dan ia memberi gambaran semula sesuatu kemalangan dengan lebih tepat dan jelas.

Ia berguna semasa temu bual dengan pihak-pihak terbabit, serta prosiding mahkamah.

Pegawai Penyiasat, Pasukan FAIT, Polis Trafik Roizman Mohd Posari berkata: "Semasa menemu bual para saksi atau suspek, kami dapat gunakan model terperinci 3-D untuk membantu menajamkan ingatan mereka. Ini meningkatkan hasil siasatan, dan pada akhirnya membantu misi kami untuk menegakkan keadilan."
 
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan