Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi perkhidmatan sosial salur bantuan kepada 300 penduduk yang pindah dari Blok 26 Sin Ming

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2022 08:49PM Dikemas Kini : 21 May 2022 09:16PM

SINGAPURA: Sekitar 300 penduduk bakal berpindah dari flat-flat sewa mereka di Blok 26, Sin Ming, sebahagian daripada rancangan pemindahan semula.

Kebanyakan mereka adalah warga emas berpendapatan rendah dan hidup bersendirian serta mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Lantaran itu, agensi-agensi perkhidmatan sosial tampil untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Salah seorang penduduk di Blok 26 Sin Ming, Encik Teo Chin Haye, 83 tahun, sudah menetap di Blok 26, Sin Ming selama lebih 20 tahun.

"Saya akan berpindah ke tempat baru, ia agak kecil dan ruangnya agak kecil. Pada pendapat saya, jika dibandingkan tempat ini dengan di sana, ada perbezaan," kata beliau.

Para penduduk di Blok berkenaan harus berpindah selewat-lewatnya September tahun depan.

Mereka akan ditempatkan di flat-flat sewa di merata negara menerusi undian komputer. Mereka kemudian akan diberi nombor giliran untuk memilih flat baru.

"Terdapat rancangan untuk membangunkan semula kawasan ini. Sin Ming adalah estet lama. Blok 26 sudah berusia 40 tahun. Jadi dari segi penyenggaraan, keadaan flat-flat HDB di sini, saya fikir ia agak mencabar untuk memeliharanya.

"Saya fikir salah satu kesan positif daripada penempatan semula ini adalah para penduduk boleh menjangkakan reka bentuk flat sewa yang baru, dengan harapan keadaan hidup mereka akan menjadi lebih baik selepas berpindah," kata Anggota Parlimen SMC Marymount, Cik Gan Siow Huang

Ramai penduduk sudah tinggal di Blok 26 Sin Ming
sekurang-kurangnya 10 tahun dan sudah menjalin hubungan erat dengan jiran-tetangga.

Dengan itu, mereka bakal menjalani perubahan besar dalam kehidupan mereka.

"Saya akan merindui tempat ini. Saya akan meninggalkan sebilangan kawan baik saya. Saya perlu berpindah ke tempat baru dan cari kenalan baru dalam persekitaran baru," kata seorang penduduk, Sowosaismuthu.

Bagi para penduduk yang memerlukan pertolongan,
agensi-agensi perkhidmatan sosial serta rakan-rakan mereka akan menyediakan bantuan kewangan kepada lebih 130 penduduk lanjut usia berpendapatan rendah.

Wang itu bagi membeli perabot dan perkakas baru.

Para sukarelawan juga membantu para penduduk berkenaan untuk mengemas barangan dan mendampingi mereka ketika membeli barangan keperluan.

Projek-projek seperti mendampingi warga tua dan lawatan ke blok-blok baru juga sedang dijalankan.

Sumber : CNA/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan