Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi pemerintah lancar peta tranformasi pekerjaan, tingkatkan kemahiran pekerja F&B

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 May 2023 08:01PM Dikemas Kini : 25 May 2023 09:46PM
SINGAPURA: Peta hala tuju tenaga kerja menunjukkan, sekitar empat daripada setiap 10 pekerjaan dalam sektor khidmat makanan Singapura berisiko tidak diperlukan lagi.

Maka itu, pekerja seperti pelayan dan tukang masak harus menjalani latihan semula, atau pekerjaan mereka perlu direka semula.

Hal tersebut berlaku apabila teknologi mampu menggantikan pekerja dan melakukan tugas mereka dengan lebih cepat atau berkesan.

Sebagai contoh, syarikat TY Innovations, menggunakan mesin untuk menggantikan tugas tukang masak. Mesin itu boleh menghasilkan 90 pinggan pasta setiap jam. Ia 10 kali ganda lebih banyak pasta yang boleh dihasilkan satu restoran dalam waktu yang sama.

"Tujuan kami adalah memudahkan proses memasak. Dari segi meningkatkan kemahiran, saya yakin lebih banyak masa dan tenaga boleh disalurkan kepada usaha meningkatkan kemahiran pekerja dalam bidang-bidang lain seperti khidmat pelanggan atau pengurusan sumber manusia atau perancangan inventori," kata Frank Quek, CEO TY Innovations.

Selain daripada menggunakan teknologi untuk menggantikan tukang masak, robot juga boleh digunakan untuk tugas yang lain.

Penggunaan robot untuk melayan pelanggan bagaimanapunboleh menyebabkan kakitangan perkhidmatan berisiko kehilangan pekerjaan.

Maka itu, mereka perlu menjalani latihan semula dalam bidang-bidang seperti kepuasan pelanggan dan perkhidmatan.

Dalam usaha membantu industri itu menyesuaikan diri kepada beberapa garis panduan, satu Peta Hala Tuju Transformasi Pekerjaan membentangkan rancangan untuk pekerja meningkatkan kemahiran masing-masing dan memainkan peranan baru.

"Bagi pekerja, adalah lebih penting sekarang untuk menyesuaikan diri kepada rentak perubahan dan terus meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka. Para pekerja yang lebih bertanggungjawab atas pembangunan kerjaya dan kepakaran dengan sentiasa menimba kemahiran baru adalah mereka yang akan kekal relevan dan lebih mudah diambil bekerja," kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling.

Syarikat-syarikat yang mahu mereka semula pekerjaan boleh mendapatkan sokongan pembiayaan sehingga 70 peratus.

Skim subsidi gaji 90 peratus juga akan disediakan bagi syarikat-syarikat yang meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada untuk peranan-peranan baru.
Sumber : CNA/AI/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan