Skip to main content

Singapura

Agensi pembantu rumah, pusat makanan antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (26 Mac) menambah dua lagi lokasi, termasuk sebuah agensi pembantu rumah dan sebuah pusat makanan ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi pembantu rumah, pusat makanan antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 27 Mar 2021 08:11AM Dikemas Kini : 27 Mar 2021 08:14AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (26 Mac) menambah dua lagi lokasi, termasuk sebuah agensi pembantu rumah dan sebuah pusat makanan ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit mereka.

Dalam kemas kini pada sebelah malam mengenai situasi koronavirus di sini, ia menyatakan bahawa para individu-individu berjangkit itu mengunjungi:

- Nation Employment di 201E Tampines Street 23 pada 23 Mac antara 11.00 pagi dengan 5.15 petang dan pada 25 Mac antara 10.00 pagi dengan 12.25 tengah hari

- Kedai makan Food City di 139 Tampines Street 11 pada 25 Mac antara pukul 9.15 pagi dengan 9.45 pagi

MOH menyatakan bahawa ia sudah pun menghubungi para individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi berkenaan semasa waktu-waktu tertentu itu harus memantau kesihatan mereka secara rapi selama 14 hari selepas tarikh kunjungan," tambahnya.

"Mereka perlu berjumpa doktor dengan segera jika mereka mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkan kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita