Agensi pelancongan SG guna khidmat syarikat bas dengan pemandu tempatan berpengalaman
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sesetengah agensi pelancongan Singapura menekankan, mereka hanya bekerjasama dengan syarikat-syarikat bas tempatan di destinasi Eropah, yang menggajikan pemandu tempatan yang berpengalaman.
Ini bagi memastikan perjalanan pelanggan mereka lebih selamat memandangkan pemandu-pemandu ini lebih terbiasa dengan cuaca musim sejuk.
Mereka berkata demikian ekoran beberapa insiden kemalangan bas di Eropah baru-baru ini.
Beberapa warga Singapura cedera dalam insiden-insiden tersebut.
"Kami hanya bekerjasama dengan syarikat-syarikat bas tempatan di Scandinavia, seperti di Finland dan Norway," kata Tan Jie Ni, Eksekutif Pemasaran & Perhubungan, Chan Brothers Travel.
"Jadi pengendali-pengendali ini, mereka khususnya menggajikan pemandu tempatan berpengalaman, yang sangat mengenali keadaan jalan raya di rantau ini dan khususnya dilatih untuk memandu dalam musim sejuk.
"Kepakaran warga setempat ini mendatangkan perbezaan ketara dalam memastikan perjalanan yang selamat, terutama sekali dalam iklim yang mencabar seperti Lapland, di mana jalan raya berair batu dan kekurangan sinar matahari adalah perkara biasa," tambahnya.
Agensi-agensi pelancongan turut menyatakan, pemandu pelancong dikehendaki memastikan semua penumpang memasang tali pinggang keledar sebaik sahaja mereka menaiki bas.
Mereka juga akan mengelakkan jadual yang padat agar para pemandu mendapat rehat yang cukup.
Salah sebuah agensi pula menyatakan, ia menjadualkan aktiviti khas bagi musim sejuk pada siang hari jika boleh.
"Saya sangat menggalakkan para pelancong yang ke negara-negara yang anda kurang biasa untuk bercuti, supaya jangan cuba memandu sendiri pada cubaan pertama kerana anda tidak tahu keadaan trafik dan cuaca," kata Ong Han Jie, Pengarah, EU Holidays.
"Anda tidak tahu apakah aplikasi-aplikasi yang boleh disemak untuk mengelakkan diri daripada keadaan cuaca yang teruk," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.