Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi pelancongan Islam tempatan 'pantau keadaan' konflik Israel-Hamas sebelum batalkan, ubah lawatan

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi pelancongan Islam tempatan 'pantau keadaan' konflik Israel-Hamas sebelum batalkan, ubah lawatan

(Gambar: Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd)

SINGAPURA: Agensi pelancongan Islam di Singapura tidak merancang untuk membatalkan atau merubah jadual lawatan ke tapak-tapak suci di Baitulmakdis, berikutan serangan yang tidak pernah dilancarkan kumpulan militan Palestin, Hamas, ke atas Israel.

Di antara tempat yang digemari para pelanggan Islam adalah lawatan ke Masjid Al-Aqsa dan kawasan bandar lama Baitulmakdis.


Beberapa agensi pelancongan yang dihubungi Mediacorp pada Isnin (9 Okt) menawarkan lawatan sedemikian pada November dan Disember ini. Mereka sedang "memantau keadaan di sana".

Hahnemann Travel & Tours, yang ada sebuah kumpulan terdiri 38 pelanggan, akan berangkat pada Rabu (11 Okt).

Lawatan 15 hari tersebut merangkumi lawatan tiga hari ke Baitulmakdis, serta Makkah dan Madinah.

BEBERAPA LAWATAN DITERUSKAN

Satu nasihat perjalanan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (8 Okt) menyarankan bahawa rakyat Singapura untuk mengelakkan perjalanan ke Israel.
Kumpulan pelancong di bawah Hahneman Travels & Tours Pte Ltd yang akan berangkat pada Rabu sudah berdaftar dengan MFA, kata pengurus agensi itu Encik Muhammad Ahmad.

"Kami sudah semak dengan MFA dan mereka memberi nasihat yang berkaitan, untuk mengelakkan daripada sebarang kawasan konflik. Ia tidak melibatkan aktiviti dalam senarai perjalanan kami."

Para pelancong yang mempunyai permintaan khas untuk ke destinasi khusus akan dibantu oleh pegawai pelancongan di Baitulmakdis, tambah Encik Ahmad.

BEBERAPA INDIVIDU UBAH RANCANGAN MELANCONG

Segelintir pelancong pula mengambil langkah berjaga-jaga, dengan sebuah keluarga menarik diri daripada lawatan mereka pada 22 November, yang melibatkan lawatan ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis.

Pengarah Sha Travel & Tours Pte Ltd, Cik Hanim Hashim pula memberitahu Mediacorp bahawa keluarga tersebut memutuskan untuk "ke destinasi lain yang ditawarkan".

Pelanggan lain berkata mereka ingin "memantau keadaan", tambahnya.

Bagaimanapun, agensi itu tidak mempunyai rancangan kukuh untuk membatalkan rancangannya atau merubah lawatannya. Sekiranya konflik bertambah buruk, mereka "mungkin merubah program, yang bermaksud pakej tersebut akan dibatalkan, dan digantikan dengan destinasi lain," kata Cik Hanim.

AGENSI PELANCONGAN MEMANTAU KEADAAN

Agensi pelancongan lain yang dihubungi Mediacorp juga menyatakan mereka akan memantau keadaan.

Halijah Travel Pte Ltd menawarkan lawatan 10 hari ke Baitulmakdis, Amman, Petra dan Wadi Rum, yang bakal berangkat pada 25 November depan.

Lawatan tersebut merupakan pakej terkemuka ditawarkan agensi itu, yang diadakan dua kali setahun dan biasanya ditempah penuh.

Buat masa ini, tiada individu yang menarik diri, kata pembantu pentadbiran dan pelancongan agensi itu, Cik Hasanah Jamaludin.

Ustaz Muhammat Nazer, pemilik Thoha Travel & Tours, berkata bahawa "kebanyakan konflik" berlaku sekitar September dan Oktober setiap tahun, dan menjangkakan ia akan "berhenti"menjelang November.

Ketika ditanya sama ada beliau merancang untuk merubah jadual perjalanan, Ustaz Nazer berkata beliau akan menasihatkan para pelanggan tentang sebarang perubahan pada awal November.

Pemeriksaan oleh Mediacorp pada Isnin mendapati penerbangan dari Singapura ke Tel Aviv masih ditawarkan.

Ini meskipun beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat sudah menggantung penerbangan ke Tel Aviv.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan